Kemaskini Borang Permohonan UPU Fasa 2 Lepasan STPM/Setaraf 2017

Sukacita dimaklumkan kepada pelajar yang ingin membuat permohonan UPU Online dan ingin membuat kemaskini borang permohonan menerusi aplikasi internet, kemaskini borang permohonan UPU fasa 2 lepasan STPM dan Setaraf kini telah dibuka. Permohonan ini dibuka menerusi pemakluman oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pendidikan Tinggi dalam laman rasmi yang disediakan.kemaskini borang permohonan upu fasa 2


Berikut adalah butiran mengenai permohonan online UPU bagi Fasa 2

Tarikh permohonan dibuka: 12 Jun 2017 (Isnin)

Tarikh permohonan ditutup: 30 Jun 2017 (Jumaat)

Pautan pantas permohonan online: Sistem UPU Online Fasa 2 Lepasan STPM/Setaraf 2017

Pautan permohonan akan dikemaskini apabila portal rasmi permohonan telah dibuka


Sistem online borang permohonan UPU untuk fasa 2 adalah bagi tujuan untuk pemohon menetapkan pilihan IPT yang ingin dipohon.