Kad Pengenalan Palsu di Sabah! Apa Sudah Jadi?

kad pengenalan palsu di sabah

Masalah kad pengenalan palsu di Sabah bukanlah isu baru di negeri ini. Malah ramai pihak yang menyuarakan agar masalah tersebut diselesaikan segera. Kali ini tular lagi satu kes yang mana seorang wanita Sabah bernama Kinsiah Binti Yanjom kerana kad pengenalanya ada pendua yang dimiliki orang lain.

Nombor kad, nama dan alamat yang sama namun yang membezakan adalah pemilik seorang lagi dengan gambar bertudung. Hal tersebut menyebabkan Kinsiah membuat laporan Polis.

kad pengenalan palsu di sabah

Menurut Kinsiah, suatu masa dulu rumahnya pernah dipecah masuk. Kad pengenalanya hilang kerana kes kecurian tersebut. Mungkin disebabkan itu kad pengenalanya disalah guna oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

kad pengenalan palsu di sabah

Sehingga kini, JPN dan pihak berkenaan belum menyelesaikan masalah yang dihadapi Kinsiah. Hal tersebut membuatkan dia risau kerana akan mengganggu urusan dokumentasi peribadi pada masa hadapan.

kad pengenalan palsu di sabah

Kesimpulanya, sekiranya anda pernah kehilangan kad pengenalan, segeralah buat laporan polis dan dapatkan kad pengenalan yang baru.