Jumlah Bayaran BR1M 2019

tarikh pembayaran br1m 2017

JUMLAH BAYARAN BR1M 2016 – 2017 – 2018 – 2019

Menerusi pembentangan Bajet dari 2016 hingga 2018 Oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, antara intipatinya ialah mengenai jumlah bayaran Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Dari segi perbandingan, berlaku peningkatan dari tahun ke tahun. Namun, setelah pertukaran kerajaan, BR1M masih diteruskan dan dijenamakan semula kepada Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR).

Dalam pembentangan Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, terdapat beberapa fokus penting mengenai BSHR yang akan diberikan pada tahun 2019. Antaranya ialah:

  • BSHR bersasar kepada B40 (Pendapatan kasar RM3680 ke bawah sebulan isi rumah)
  • Tiada lagi kategori bujang
  • Kategori baru diwujudkan iaitu RM120 bagi seorang anak 18 tahun ke bawah dalam isi rumah B40 dengan had 4 orang anak sahaja tidak termasuk OKU.

Butiran BSH Mengikut Kategori 2019

ISI RUMAH RM2000 KE BAWAH
RM1000
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar tidak melebihi RM2000 sebulan

 

ISI RUMAH RM2001 – RM3000
RM750
-Warganegara dan menetap di Malaysia
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar isi rumah RM2001 hingga RM3000

Tarikh Pembayaran BSHR/BR1M 2019

ISI RUMAH RM3001 – RM4000
RM500
-Warganegara Malaysia dan menetap dalam negara
-Berkahwin dan ada tanggungan
-Pendapatan kasar RM3001 hingga RM4000

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan satu kategori baharu diperkenalkan bagi BSH bermula 2019 iaitu bantuan RM120 seorang kepada anak B40. Bantuan ini terhad kepada 4 orang anak sahaja dalam isi rumah.

KATEGORI ANAK B40
RM120
-Umur 18 tahun ke bawah
-Bukan OKU
-Isi rumah B40 terhad kepada 4 orang anak sahaja yang diberikan bantuan

Info Perbandingan BSHR Pada Tahun Sebelum

Dalam pengumuman tersebut telah menyatakan sebanyak empat kategori yang layak untuk menerima skim bantuan tersebut.

  1. Kategori individu bujang yang berpendapatan RM 2000.00 ke bawah.
  2. Kategori berpendapatan RM3000.00 hingga RM4000.00.
  3. Kategori bawah pendapatan RM3000.00
  4. Kategori E-Kasih
KategoriJumlah Bayaran
Individu BujangRM450
Pendapatan RM3000-RM4000RM900
Pendapatan Bawah RM3000RM1200
E-KasihRM1200

BACA: Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan

Keterangan Kategori

  1. Kategori individu bujang mestilah yang berumur 21 tahun ke atas dan hanya berpendapatan RM 2000 ke bawah. Kategori ini layak mendapatkan skim bantuan BR1M yang diberikan kerajaan.
  2. Kategori Pendapatan RM3000 hingga RM4000 adalah kategori yang sudah berkeluarga dan hanya salah satu sama ada suami atau isteri sahaja yang layak menerima skim bantuan BR1M yang diberikan kerajaan. Sekiranya telah bercerai atau memiliki isteri lebih daripada satu maka proses urusan dokumen hendaklah dibawah ke pejabat LHDN untuk menyemak semula kelayakan.
  3. Kategori pendapatan RM3000 ke bawah sama seperti kategori kedua (No.2) iaitu sudah mendirikan rumah tangga namun hanya berpendapatan tidak lebih RM3000.
  4. Kategori E-Kasih merupakan kategori yang disenaraikan sebagai miskin dengan pendapatan RM1000 ke bawah bagi penduduk luar bandar dan pendapatan RM1500 ke bawah bagi penduduk kawasan bandar. Pendapatan yang dimaksudkan dalam kategori ini adalah pendapatan isi rumah berdasarkan per kapita Pendapatan Garis Kemiskinan (2007).

Bagi mereka yang tidak memenuhi kriteria di atas adalah tidak layak untuk mendapatkan skim bantuan BR1M yang diberikan kerajaan. Jumlah bayaran BR1M 2017 menunjukkan kenaikan dan bagi mendapatkan kelayakan bagi bayaran tahun 2017 maka anda dinasihatkan untuk mengemaskini maklumat peribadi ke LHDN.

Perbandingan BR1M Tahun 2016

KategoriBR1M 2016BR1M 2017
Individu BujangRM400RM450
Pendapatan RM3000-RM4000RM800RM900
Pendapatan Bawah RM3000RM1000RM1200
E-KasihRM1050RM1200

Pemberian Skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia merupakan bantuan kerajaan yang di ilhamkan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Ia bertujuan meringankan beban kepada yang memerlukan untuk jangka masa pendek di samping menggalakkan pertumbuhan ekonomi setelah berlaku pembelanjaan bantuan yang diberikan.

“Adalah dinasihatkan agar bantuan yang diberikan digunakan untuk perkara yang berfaedah;)”