JDT Akan Rai Kejayaan Jika Juarai Liga Super

Perlawanan akhir yang akan berlangsung malam ini menyaksikan pertemuan dua gergasi bola sepak negara iaitu JDT bertemu T-Team. JDT sangat yakin bertemu T-Team memandangkan lawanya baru kebelakangan ini berjaya menjejak tangga teratas. Dengan begitu yakin, JDT akan rai kejayaan jika menjuarai Liga Super di sekitar Johor Bahru.
jdt akan rai kejayaan jika menjuarai liga super
Menerusi kenyataan rasmi facebook Johor Southern Tiger bahawa mereka akan berarak di sekitar Johor Bahru membawa wira-wira mereka jika mereka menjuarai Liga Super itu malam ini. Kenyataan yang begitu yakin telah menarik lebih ramai penyokong untuk berkumpul di Larkin itu pada malam ini. Selain menyaksikan perlawanan, penyokong juga boleh berarak beramai-ramai mengiringi wira Johor.

Perarakan menggunakan bas yang dinaiki pemain JDT untuk meraikan kemenangan akan berlangsung beberapa lokasi bermula di Stadium Tan Sri Hassan Yunos sebelum melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Larkin. Kemudian mereka akan melalui bangunan lama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum melintasi City Square dan lemudian kembali semula ke Jalan Wong Ah Fook.

Perarakan seterusnya akan melalui Tropical Inn, Jalan Trus Jalan Ibrahim Kota Raya sebelum sekali lagi berpatah balik ke Jalan Tun Dr Ismail, Lot 1 Hospital Sultanah Aminah dan melalui Gerbang Bukit Serene dan perarakan diakhiri di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Perarakan akan menuju ke premis KFC sebelum diakhir di Dataran Bandaraya Johor.

Penyokong JDT boleh mengikuti perkembangan secara live menerusi update semasa di laman facebook Johor Southern Tiger. Penyokonh yang hadir dijemput bersama-sama berarak dan mengiringan semua pemain JDT menerusi laluan yang telah dinyatakan.

JDT telah menjuarai kejuaraan yang sama kini yakin boleh menjuarai Liga Super sekali lagi sekali gus mencatat hatrik kejuaraan Liga Super musim ini. JDT telah menjuarai Liga Super pada 2014 dan 2015 dan malam ini bakal menyaksikan satu lagi sejarah berharga bakal diraikan. Watak-watak utama dalam JDT seperti Mario Gomez selaku jurulatih, Jorge Pereyra Diaz sebagai pemain import, dan kapten JDT iaitu Safiq Rahim yang banyak menyumbang kedudukan JDT hari ini. Dan sudah tentu Tengku Mahkota Johor pencatur utama JDT sehingga hari ini JDT menjadi kelab yang sukar ditundukkan.

Perlawanan malam ini pastinya menjadi menarik dan Trofi Liga Super yang diidamkan JDT tidak mudah dilepaskan oleh T-Team. Keyakinan itu jelas sehinggat Johor Southern Tiger keluarkan kenyataan bahawa JDT akan rai kejayaan jika menjuarai Liga Super. Sama-sama kita seluruh negara saksikan perlawanan bersejarah ini.

1 Trackback / Pingback

  1. Live Streaming JDT vs Bengaluru FC 28 Sept 2016 Piala AFC

Comments are closed.