Jangan Lagi Berharap Pengeluaran KWSP Seperti i-Citra

Jangan Lagi Berharap Pengeluaran KWSP

Permohonan untuk pengeluaran wang KWSP yang dilaksanakan pada tahun sebelum ini pernah dibuka kepada pencarum ketika negara dilanda pandemik Covid-19. Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada pencarum untuk menikmai simpanan KWSP mereka sebelum sampai tempoh yang sepatutnya di samping membantu meringankan beban ketika pelaksanaan PKP yang mengekang pencarum untuk bekerja dan berniaga. Pelbagai pihak mendesak agar ia dilaksanakan semula, namun respon Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ini memberi kesimpulan agar kita jangan lagi berharap pengeluaran KWSP dilaksanakan.

Melalui program tersebut, kerajaan telah melaksanakan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra. Namun ia kali terakhir dilaksanakan pada tahun 2021 yang mana sebahagian besar rakyat masih merayu agar program berkenaan dilaksanakan semula. Hal ini berikutan kehidupan pencarum masih belum pulih sepenuhnya dan memerlukan pemangkin untuk meneruskan perniagaan, membayar sewa yang tertunggak dan saraan hidup keluarga.

BERKAITAN: Permohonan i-Sinar

Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube yang berdurasi 6.28 minit, Tengku Zafrul ada menyatakan sebab-sebab kenapa pengeluaran KWSP tidak boleh dilakukan semula. Malah Tengku Zafrul juga meminta rakyat supaya sedar kepentingan caruman di hari tua kelak.

Dalam video ini, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa Malaysia dijangka akan mencapai status Negara Tua pada tahun 2030. Ini bemaksud, dalam masa 8 tahun, rakyat Malaysia akan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk membiayai hidup masing-masing selepas bersara.

Sebagai alternatif, sebenarnya kerajaan juga telah menyediakan pelbagai inisiatif lain untuk membantu golongan-golongan yang terjejas dan memerlukan bantuan. Ia merupakan langkah signifikan dan bersasar kepada yang benar-benar memerlukan.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa pada tahun 2014 Malaysia juga dilanda banjir yang teruk. Ketika itu, tiada pengeluaran KWSP yang dibenarkan walau 1 sen pun. Sebaliknya, kerajaan menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk membantu rakyat terjejas mendapatkan bantuan kewangan, barangan keperluan dan tempat tinggal bagi meneruskan kehidupan. Pendekatan ini juga digunakan bagi mangsa banjir tahun ini yang boleh dimanfaatkan oleh mangsa banjir yang terjejas.

BACA: Senarai dan Cara Mohon Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

Video di atas secara merupakan penjelasan ringkas daripada Tengku Zafrul mengenai isu pengeluaran i-Citra. Menurut penjelasan ini, dapat disimpulkan bahawa rakyat jangan lagi berharap pengeluaran KWSP selepas ini. Kerajaan amat berat hati untuk mengeluarkan wang rakyat sendiri ketika ini. Malah, kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri juga menjelaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk membuat pengeluaran KWSP lagi kerana pelbagai insentif dan juga inisiatif telah dilaksanakan.

Pelbagai Pihak Mendesak Pengeluaran KWSP Diteruskan

Masih ada yang membela nasib rakyat dan lantang memperjuangkan pegeluaran KWSP seperti Datuk Asyraf Wajdi dan juga Datuk Seri Najib Razak. Menurut Asyraf Wajdi, kerajaan tidak seharusnya menutup pintu rundingan dengan rakyat berhubung pengeluaran KWSP. Hal ini kerana nasib rakyat masih tidak terbela dan kehidupan mereka belum pulih sepenuhnya. Sekurang-kurangnya dengar rintihan rakyat dan fahami keperitan mereka barulah membuat keputusan yang wajar berhubung pengeluaran KWSP.

Najib Razak turut memberi desakan yang sama dengan mengemukakan memorandum rakyat berhubung pengeluaran KWSP. Tindakan beliau mengundang reaksi pakar ekonomi dari UPM, Ahmed Razman Abdul Latif. Menurutnya, berdasarkan angka KWSP, seramai 6.1 juta atau 50% ahli berumur kurang 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000 apabila bersara. Malah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja juga telah mengumumkan sebanyak RM101 bilion telah dikeluarkan sejak program ini dilaksanakan. Jumlah tersebut terlalu besar dan boleh menggugat simpanan negara itu sendiri.

Pencarum berhimpun di hadapan pejabat KWSP mendesak pengeluaran dilaksanakan semula

Program pengeluaran KWSP mula diperkenalkan oleh Perdana Menteri ke-8, Tan Sri Muhyidin Yassin semasa fasa awal pandemik Covid-19 melanda negara. Pelbagai pihak yang menentang program tersebut kerana kelihatan tidak bertanggungjawab terhadap kepentingan rakyat masa depan di samping memberikan pelbagai alternatif lain yang lebih berkesan dengan lebih bersasar.