myeidos.com

Jadual Persekolahan 2022 Penggal Tiga dan Cuti Perayaan

Jadual Persekolahan 2022

Jadual persekolahan 2022 rasmi dikeluarkan oleh KPM sebagai panduan guru dan juga ibubapa murid. Jadual yang banyak mengalami perubahan berikutan PKP yang dilaksanakan ketika pandemik Covid19 melanda negara. Oleh itu, KPM telah memaparkan jadual terkini untuk persekolahan, tarikh penggal ketiga dan cuti perayaan bagi tahun 2022.

Sesi Persekolahan Penggal Tiga

Kumpulan B: Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WPKL, WPL, dan WPP.

Penggal Tiga (3) bermakna sesi persekolahan tahun 2021 namun berlangsung pada tahun 2022 untuk mengisi kelompangan jadual yang kosong semasa PKP tahun 2021 yang melibatkan beberapa negeri mengikut fasa PKP.

Kalendar Akademik Sesi 2022/2023

Kumpulan B: Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WPKL, WPL, dan WPP.

Cuti Perayaan Sesi 2022/2023

Cuti perayaan ini ditujukan untuk warga pendidik dan juga ibu bapa kerana peruntukan cuti yang diberikan adalah mengikut kumpulan kategori yang ditetapkan. Sila rujuk senarai Kumpulan A dan Kumpulan B dalam lampiran di bawah.

Bagi memahami jadual yang dipaparkan, diringkaskan bahawa cuti sekolah pada bulan 12 selama 3 minggu bermula 11.12.21 sehingga 1.1.2022 kemudian murid sambung semula ke sekolah sehingga 25.2.2022  dan akhirnya sesi persekolahan tahun 2021 TAMAT. Kemudian cuti semula pada 26.2.2022 sehingga 30.3.2022.

Sesi persekolahan baru (naik tahun) akan bermula pada 21.3.2022 dan sesi persekolahan 2022/2023 akan berakhir pada 17.2.2023 sebelum sesi baru (naik tahun) seterusnya. Maka, sesi persekolahan penggal baharu (naik tahun) secara langsung akan bermula pada bulan Mac dan bukan lagi bulan Januari seperti tahun-tahun sebelum ini.

Exit mobile version