Jadual Kadar Bayaran Zakat Fitrah Setiap Negeri 2019/1440H

jadual kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Setiap muslim yang terletak kewajiban ke atasnya mesti menunaikan zakat fitrah setiap tahun. Zakat fitrah boleh dibayar sehingga pagi sebelum solat sunat aidilfiri. Berikut kami sertakan jadual kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri dalam Malaysia bagi tahun 2019/1440 Hijrah.

Negeri Tahun 2018 Tahun 2019
Sabah RM7.00 RM7.00
Sarawak RM7.00 RM7.00
Kelantan RM7.00 RM7.00
Terengganu RM7.00 RM7.00
Pahang RM7.00 RM7.00
Johor RM7.00 RM7.00 / RM10.00
Melaka RM6.70 RM7.00 / RM14.00
Negeri Sembilan RM6.50 RM7.00
Selangor RM7.00 RM7.00
Perak RM7.00 RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Pulau Pinang RM7.00 RM7.00
Kedah RM7.00 RM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Perlis RM7.00 RM7.00
KL, Putrajaya, Labuan RM7.00 RM7.00
  • Negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat, boleh memilih kadar bayaran yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan asas mereka.
  • Contoh: Umat Islam di Kedah yang menjadikan makanan harian beras daripada super tempatan perlu membayar sebanyak RM7.00, manakalah mereka yang menjadikan makanan harian mereka daripada beras import seperti beras wangi, beras basmathi perlu membayar sebanyak RM14.00.

Adalah penting bagi setiap umat Islam yang akan membayar zakat untuk menunaikanya di awal ramadhan agar zakat tersebut dapat diagihkan kepada yang layak menerinya di bulan yang mulia tersebut.

Umat Islam yang akan menunaikan zakat dinasihatkan agar membayar zakat kepada yang diberi tauliah seperti amil yang dilantik serta jabatan agama berdekatan.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2019/1440H