Izara Aishah Memohon Maaf Mengenai Isu Fesyen ABPBH 2017?

izara aishah memohon maaf

Seperti yang tersebar di media sosial mengenai penampilan Izara Aishah yang dianggap tidak sopan menjadi tular sejurus melabuhnya Anugerah Bintang Popular BH 2017 pada 14 Mei yang lepas  rakaman yang disebarkan di media sosial menjadi bualan para netizen malah ada yang mengecamnya kerana telah melampaui batas sebagai seorang wanita melayu muslim.

Dikatakan rakaman tersebut berlaku semasa acara karpet merah sebelum ABPBH dimulakan. Memerhati dan meneliti berita sensasi yang disebarkan ini, admin telah menagmbil inisiatif untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan isu tersebut. Walaubagaimanapun, video yang dimaksudkan bukanlah acara karpet merah sebelum ABPBH 2017 seperti yang dimaksudkan ramai.

Pun begitu, gambar dan rakaman yang disebarkan itu memang Izara Aishah namun ia berlaku setahun yang lalu dalam sebuah majlis dan acara fesyen. Selepas kejadian itu, Izara telahpun tampil memohon maaf dan bertaubat akan ketelanjuranya yang menyinggung para peminat. Permohonan maaf itu dikeluarkan menerusi laman instagramnya setelah majlis acara fesyen selesai.

Menurut Izara, beliau memang pernah melakukan kesilapan sebelum memohon maaf, namun setelah membuat permohonan maaf, beliau sememangnya tidak pernah melakukan kesilapan yang sama lagi. Kini dia bakal mendirikan rumah tangga. Alhamdullah atas berkat doa dan taubatnya kepada Allah; katanya. Namun, dalam situasi beliau mula berubah dan menjadi insan yang lebih baik, tiba-tiba video lamanya muncul semula. “Saya sudah pun memaafkan setiap individu yang telah mengaibkan saya. Saya sedari kesilapan saya dan saya mengambil tanggungjawab dengan sepenuhnya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada semua. Ini antara saya dan kamu. InshaAllah, satu hari anda akan memaafkan saya. Saya doakan yang terbaik buat semua. Terima kasih ya. Ikhlas dari hati saya. Assalamualaikum.”