Iran Bakal Menayangkan Filem Kehidupan Nabi Muhammad

iran bakal menayangkan filem kehidupan nabi muhammad

Iran Bakal Menayangkan Filem Kehidupan Nabi Muhammad. Seperti filem-filem kontroversi lain, kini Iran pula bakal menayangkan filem mereka yang bakal muncul nanti dengan tajuk Mohammad, The Messenger of God.

Menurut Reuters, pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak 40 juta US dolar sekaligus menjadikan filem ini yang termahal di Iran. Filem ini diarahkan oleh Majidi dengan alasan untuk melawan fenomena Islamophobia di barat yang sering memberi gambaran buruk terhadap Islam.

“Saya memutuskan untuk membuat filem ini bagi menentang gelombang Islamofobia di barat. Barat sering menggambarkan Islam penuh dengan bentuk keganasan.” Ulas Majidi kepada majalah Hezbollah Line.

Filem ini berdurasi selama 171 minit atau 2 jam 51 minit. Plot penceritaan filem ini mengisahkan kehidupan zaman kanak-kanak Nabi Muhammad. Watak atau fizikal Nabi Muhammad tidak dijelaskan dalam filem ini memandangkan ia sememangnya dilarang dalam ajaran Islam. Hanya bayang-bayang, gambaran belakang tubuh kanak-kanak ketika bermain dan gambaran penglihatan dengan menggunakan kamera untuk menjelaskan apa yang sedang dilihat oleh Nabi Muhammad.

Filem berbentuk kisah hidup Nabi Muhammad masih dianggap taboo dalam dunia muslim dan kini ia mengundang reaksi daripada ramai pihak. Antara yang memberi reaksi adalah Profesor Abdel Fattah Alawari, “perkara ini sudah jelas, hukum shariah melarang menggambarkan (tubuh) Rasulallah”. Katanya selaku dekan fakulti teologi di Uneversiti Al Azhar yang merupakan insititut terbesar aliran Sunni. “Tidak dibenarkan dalam Islam seseorang yang memainkan watak seperti itu kerana boleh jadi ia mendukung lakonan seperti pemabuk dan bermain dengan perempuan. Ini tidak dibenarkan”. Tambah beliau.

Walaubagaimanapun, seorang artis terkenal iaitu Sami Yusuf menyokong pembikinan filem ini dan menyelar reaksi negatif daripada Al-Azhar. Beliau mengatakan dengan yakin bahawa masyarakat Al-Azhar yang mengkritik itu belum menonton filem ini. Mereka menentang hanya kerana pembikinan filem tersebut adalah hasil daripada Iran.

Boleh jadi filem berkenaan Nabi Muhammad akan ditayangkan oleh barat dengan gambaran yang salah dan sudah tentu ia mungkin berlaku sebagaimana dengan buku Salman Rushdie, Charlie Hebdo, kartun dan banyak lagi. Oleh itu ada baiknya filem yang memberi gambaran betul mengenai kehidupan Nabi Muhammad dapat ditayangkan.

Filem yang mengisahkan hidup Nabi Muhammad terakhir kali ditayangkan pada tahun 1976 dengan tajuk ‘The Message’ yang diarahkan oleh Moustapha Al-Akkad daripada Syria. Filem ini dilakonkan oleh Anthony Quinn sebagai pakcik kepada Nabi Muhammad, Hamza. Filem ini juga tidak menunjukkan watak Nabi Muhammad secara Fizikal namun ramai muslim yang mengecamnya. Pada tahun 2005, pengarah filem Moustapha Al-Akkad mati dalam satu kejadian bom berani mati di Amman.

Iran bakal menayangkan filem kehidupan Nabi Muhammad yang bertajuk Muhammad, The Messanger of God telahpun dilancarkan pada 2015.