Intipati Pembentangan Bajet 2018 Kerajaan Negeri Sabah

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia. Telah menjadi tanggungjawab sebuah kerajaan untuk merancang dan mengurus sesebuah negeri semata-mata demi kesejahteraan rakyat. Setiap tahun, Ketua Menteri Sabah akan membentangkan Bajet yang bersangkut paut dengan halatuju negeri. Hari ini bertarikh 17 November 2017 (jumaat) merupakan hari bersejarah apabila Dato Seri Panglima Haji Musa Aman mengumumkan bajet dengan tema “Memperkasakan Ekonomi, Mensejahterakan Rakyat”. Intipati pembentangan bajet 2018 kerajaan negeri Sabah dapat disimpulkan seperti berikut.

Peruntukan

Sebanyak RM 4.1 billion diperuntukkan untuk bajet 2018 yang mana lebihan sebanyak RM 64.89 juta berbanding sebelum ini.

intipati pembentangan bajet 2018 kerajaan negeri sabah

Daripada peruntukan tersebut, bajet telah dibahagikan kepada:

  1. RM35.5 juta untuk program pembasmian kemiskinan
  2. RM15.6 juta untuk program 1 daerah 1 produk
  3. RM60.3 untuk Skim Bantuan Jabatan Kebajikan
  4. RM12 juta kepada murid sekolah rendah dalam bentuk pemberian pakaian, kasut dan alat tulis
  5. RM40.57 juta untuk Biasiswa dan Dermasiswa kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di IPT.

intipati pembentangan bajet 2018 kerajaan negeri sabah

Kerajaan negeri juga telah mengumumkan peruntukkan khas sebanyak RM115 juta untuk manfaat secara langsung dengan pelaksanaan lebih 20 program yang berorientasikan rakyat. Peruntukkan ini meningkat lebih 100 peratus berbanding tahun lepas.

intipati pembentangan bajet 2018 kerajaan negeri sabah

Dan banyak lagi intipati penting bajet yang diumumkan akan diperinci kemudian.

Pembentangan Bajet 2018 Kerajaan Negeri Sabah telah disempurnakan dengan penuh takzimnya oleh YAB Dato Seri Panglima Haji Musa Aman Ketua Menteri Sabah. Semoga bajet yang didasarkan kepentingan rakyat ini membantu memacu ekonomi tempatan seterusnya membangun kerajaan negeri yang sejahtera.

SUMBER: FB Musa Aman