Intipati Pembentangan Bajet 2018 Senarai Bantuan, Gaji dan BR1M

intipati pembentangan bajet 2018

Sidang Parlimen penggal kelima bagi tahun 2017 yang akan berlangsung pada 23 Oktober hingga 30 November (25 hari) telah menyaksikan Pembentangan Bejet 2018 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan. Rakyat Malaysia gembira dengan intipati pembentangan Bajet 2018 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri.

Setelah pembentangan selesai oleh Perdana Menteri, berikut adalah ringkasan intipati pembentangan Bajet 2018 yang dapat dikongsikan kepada kita semua.

intipati pembentangan bajet 2018

Senarai Penting Intipati Pembentangan Bajet 2018

  1. Tujuh bilion ringgit di bawah Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP, iaitu lima bilion ringgit untuk modal kerja dan dua bilion ringgit, pinjaman dengan 70 peratus jaminan Kerajaan untuk sektor perkhidmatan termasuk Industrial Revolution 4.0
  2. Satu bilion ringgit, dengan pinjaman 70 peratus jaminan Kerajaan di bawah SJPP untuk mengautomasikan proses pengeluaran dan mengurangkan peng-gajian pekerja asing.
  3. Saiz Dana Skim Pembiayaan PKS Patuh Syariah ditambah 1 bilion ringgit, menjadikan saiz dana 2.5 bilion ringgit. Kemudahan ini diberi subsidi dua peratus ke atas kadar keuntungannya
  4. RM200 juta ringgit bagi program latihan, geran dan pinjaman mudah PKS di bawah SME Corp

intipati pembentangan bajet 2018

  1. Hampir 82 juta ringgit bagi pembangunan industri dan produk halal di pelbagai agensi
  2. RM80 juta ringgit disediakan di bawah Skim Pembiayaan Ekonomi Desa melalui Bank Rakyat dan Bank SME, bagi menyediakan kemudahan pembiayaan kepada usahawan Bumiputera luar bandar.
  3. RM200 ringgit sebulan bagi tempoh 3 bulan sementara menunggu hasil tuaian padi.
  4. Setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak 200 ringgit melalui unit Amanah Saham di PNB.
  5. RM90 juta ringgit diperuntukkan bagi Program MyBrain untuk 10,600 orang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran.
  6. Bantuan Baucar Buku bernilai 250 ringgit.

Ilustrasi Intipati Pembentangan Bajet 2018 Oleh Perdana Menteri

intipati pembentangan bajet 2018

SUMBER:

Ucapan Bajet 2018

Borang Permohonan Dan Kemaskini BR1M 2018

Permohonan Rumah PRIMA 2018

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*