Intipati Belanjawan 2021 Paling Besar Dalam Sejarah Banyak Bantuan

intipati belanjawan 2021

DEWAN RAKYAT 6 NOV. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul hari ini berjaya membentangkan intipati belanjawan 2021 sebelum dibahaskan dalam sesi penggal terakhir sidang dewan 2020. Belanjawan 2021 menjadi perhatian umum dan akan menjadi signifikan kepada keberdayaan ekonomi negara di samping usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas akibat penularan Covid19.

Intipati Bajet 2019

Secara keseluruhan, bajet 2021 merupakan satu perbelanjaan terbesar dalam sejarah. Bajet 2020 adalah RM 297 Bilion, manakalah Bajet 2021 adalah RM 322.5 Bilion. Uniknya, bajet 2021 telah memasukkan sebanyak RM 17 Bilion khas untuk menangani Covid19. Manakalah sebanyak RM 236.5 Bilion untuk kos operasi dan RM 69 Bilion untuk pembangunan.

Rakyat ternanti-nanti intipati yang diumumkan kerajaan terutamanya berkaitan dengan inisiatif dan bantuan untuk golongan yang terkesan dengan Covid19. Antara intipati yang menjadi perhatian ialah:

1. Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

  • Jumlah Bayaran dan Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

2. Pengeluaran Wang KWSP Sehingga RM6000

  • Cara membuat pengeluaran wang KWSP Akaun 1 dan Akaun 2

3. Elaun Khas untuk kakitangan KKM

  • Sebanyak RM500 diberikan kepada frontliner

4. Bantuan Pembayaran Bersasar Peminjam B40/M40

  • Peminjam B40

– Pilihan 1 : Menangguh bayaran bulanan selama 3 bulan

– Pilihan 2 : Pengurangan ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

  • Peminjam M40

– Peminjam perlu membuat pengisytiharan sendiri bagi pengurangan pendapatan untuk mendapat bantuan bayaran balik ansuran.

– Akan dilaksanakan bermula Disember 2020

5. Bonus Penjawat Awam dan Pesara Awam/Veteran Tidak Berpencen

  • Sebanyak RM600 kepada kakitangan awam Gred56 ke bawah
  • Sebanyak RM300 untuk pesara awam dan veteran tidak berpencen
  • Tarikh Bayaran Bonus Penjawat Awam dan Pesara

6. Elaun Sara Hidup Nelayan RM300

7. Bayaran Khas RM500

  • Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir dan Guru KAFA

8. Sebanyak RM500 kepada pesara Polis

9. Bantuan Kebajikan Bulanan

  • Bantuan OKU tidak berupaya dinaikkan kepada RM300
  • Warga Emas, Pesakit kronik terlantar dan Bantuan Penjagaan OKU dinaikkan ke RM500
  • Elaun pekerja OKU dinaikkan ke RM450
  • Bantuan kanak-kanak miskin dinaikkan kepada RM150 bagi seorang anak berumur 7-18 tahun atau RM 200 bagi seorang anak berumur enam tahun kebawah  dengan kadar maksimum RM100 bagi setiap keluarga.

10. Program e-Belia (Kredit percuma E-Wallet)

  • Bantuan RM50 kredit melalui E-Wallet kepada belia yang berumur 18-20 tahun

11. Elaun Guru Takmir dinaikkan ke RM900