Intipati Bajet 2019 Kerajaan Pakatan Harapan Bonus, BSH, Gaji

intipati bajet

Penggal terakhir sidang parlimen sesi akhir 2018 akan menyaksikan kerajaan baharu Pakatan Harapan membentangkan belanjawan mereka bagi tempoh pentadbiran 2019. Bajet itu akan dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng pada sidang parlimen 02 November 2018 (Jumaat) hari ini. Ramai yang menanti intipati Bajet 2019 terutamanya golongan penjawat awam, graduan, pihak berkepentingan, penganalisis ekonomi dan sebagainya.

Ikuti siaran langsung pembentangan Bajet 2019 yang akan disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia hari ini.

“siaran langsung akan disertakan sekiranya ada disediakan dalam internet”

Berikut Merupakan Senarai Menarik Intipati Bajet 2019

Peruntukan Keseluruhan RM314.5 Bilion (Naik RM33.25 Bilion)
Mengurus RM259.8 Bilion Pembangunan RM54.7 Bilion Kontinjensi RM2 Bilion
  • Bantuan Sara Hidup (BSH) atau BR1M diteruskan. Lihat Pautan Info Kemaskini BR1M
  • Bonus bayaran khas penjawat awam akan diberikan hujung tahun 2018. RM500 kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan.
  • Subsidi minyak bersasar melibatkan kereta dengan enjin 1500cc ke bawah dan motosikal 125cc ke bawah.
  • Gaji minimum dinaikkan kepada RM1,100
  • Bajet untuk pendidikan adalah tertinggi iaitu RM60.02 Bilion
  • Bajet bagi memperkasakan syiar Islam dinaikkan kepada RM1.2 bilion berbanding RM1.1 bilion sebelumnya.

Perbandingan Intipati Bajet 2018 Oleh Najib Razak

3 Comments

  1. how can I apply BR1M 2019? Pls advice, tks

  2. Selina Lee Mei Yin
    at

    May I know how can I apply for 2019 1brim ? How can I get the form to register? Kindly please advise. Thanks

Comments are closed.