Ibnu Firnas dan Wright Brothers Pencipta Kapal Pertama

ibnu firnas dan wright brothers pencipta kapal pertama

Pada suatu ketika, tidak pernah terfikir oleh akal manusia bahawa komponen besi itu boleh berada di udara dan boleh melayang bebas. Kerana logik manusia pada ketika itu, besi adalah untuk pedang, meriam, anak panah, dan baju kebal. Namun, zaman tidaklah selalu kekal. Sesuatu yang tidak wujud hari ini mungkin akan wujud pada masa hadapan. Kapal terbang sebagai contoh, siapa sangka ia telah tercipta masa kini yang tidak pernah ada pada zaman Soecrates, Tsun Zu, Confucious, Plato, dan zaman kerajaan tentera Sparta. Mereka tidak pernah terbayangkan besi yang dijadikan pedang zaman itu kini menjadi bahan yang boleh terbang! Ibnu Firnas dan Wright Brothers Pencipta Kapal Pertama telah menjelajah jauh menjayakan satu ciptaan yang tidak terduga oleh ribuan zaman sebelumnya.

Ibnu Firnas

Pernahkah anda terfikir siapakah insan bijak pandai yang mula mengetengahkan idea pesawat atau kapal terbang? Nama “Wright Brothers” sering dikaitkan dalam sejarah dengan penciptaan kapal terbang pertama. Namun tahukah anda, sebelum Wright Brother mencipta kapal terbang, kira-kira 1200 tahun sebelum itu seorang ilmuan islam yang bernama Abbas Ibnu Firnas telah terinspirasi untuk mencipta kapal terbang.

FAKTA: 10 Makanan Paling Mahal Di Dunia

Konsep kapal terbang ini telah diaplikasikan oleh Wright Brothers dalam mencipta kapal terbang buatannya. Abbas Ibnu Firnas atau Abbas Qasim Ibn Firnas adalah seorang pakar sains, ahli teknologi dan kimia. Dikatakan sepanjang hidupnya, beliau mendalami ilmu kimia, fizik dan astronomi. Abbas Ibn Firnas hidup semasa pemerintahan khalifah Umayyah di Andalusia (Spanyol). Idea beliau wujud apabila melihat seorang pemuda yang bernama Armen Firman yang terjun dengan menggunakan jubah lebar yang diperbuat daripada sutra dan batang kayu. Namun, ianya tidak berjaya.

Selain itu, cetusan idea ini juga terinspirasi daripada burung yang terbang di udara dengan menggunakan sayapnya. Pada tahun 875, Ibnu Firnas mencipta pelayangnya sendiri dan mencuba untuk terbang turun dari menara. Penerbangan tersebut berjaya, namun terdapat sedikit kesulitan semasa mendarat yang menyebabkan kecederaan pada belakangnya. Kegagalan semasa mendarat terjadi kerana beliau terlupa menambahkan ekor pada sayap yang diciptanya seperti mana yang terdapat pada seekor burung.

FAKTA: Peluang Pekerjaan Fresh Graduate Zaman Ekonomi Meleset

Kini, kapal terbang tidak pernah berhenti dari evolusi teknologinya yang mana para jurutera moden sentiasa mencipta kapal yang lebih canggih dan maju. Satu kebanggaan yang besar kerana tokoh seperti Ibnu Firnas telah berjaya memulakan formula aerodinamik yang dijadikan konsep asas kepada kapal terbang. Kemudian Wright Brothers telah menjadikan ciptaan Ibnu Firnas itu lengkap yang kini menyumbang kepada pelbagai keperluan manusia. Ibnu Firnas dan Wright Brothers pencipta kapal pertama tidak lagi dapat disangkal. Ibnu Firnas adalah pelopor manakalh Wright Brothers pula sebagai pelengkap.