Hukum Kanak-Kanak Solat Bersama Saf Lelaki Dewasa

hukum kanak-kanak solat satu saf lelaki dewasa

Menjadi kebiasaan yang diamalkan dalam masjid di Malaysia bahawa solat bersama dengan kanak-kanak adalah ditegah dan mesti diasingkan. Ini berkaitan dengan kefahaman sebilangan muslim yang menganggap kanak-kanak masih dalam kategori najis dan boleh membatalkan solat orang dewasa sekiranya bersentuhan di dalam solat. Walau bagaimanapun, apakah hukum kanak-kanak solat satu saf lelaki dewasa yang sebenarnya?

Dalam satu Hadis, Ibnu Abbas menceritakan bahawa ketika beliau masih kanak-kanak “Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kata Anas bin Malik: “Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Kedua-dua hadis di atas cukup jelas menunjukkan bahawa Islam tidak melarang kanak-kanak (belum mumayyiz) solat satu saf dengan lelaki dewasa. Adalah lebih baik mengikuti langkah yang dilakukan Rasulullah SAW. Ini bagi mengelak kanak-kanak yang tidak solat bersama di sisi ibu bapa atau orang dewasa bersikap nakal di dalam masjid.

hukum kanak-kanak solat satu saf lelaki dewasa
Sebahagian berpandangan bahawa kanak-kanak perlu dikumpulkan dalam satu saf di antara lelaki dewasa dan wanita dewasa adalah tidak wajar dan tersasar dari pedoman yang ditunjukkan oleh Rasulullah. Tindakan Baginda jelas mampu mendidik kanak-kanak kerana apabila solat bersama di sisi orang dewasa (ibu bapa), kanak-kanak akan berdisiplin. Sekiranya kanak-kanak dikumpulkan dalam satu saf seperti yang dianjurkan oleh pihak masjid, maka di situlah kanak-kanak mula bermain dengan kawan-kawan mereka. Suasana masjid akan bising.

BERKAITAN: Hukum Memakan Telur Asin Yang Belum Dibasuh

Hukum kanak-kanak solat satu saf lelaki dewasa atau perempuan dewasa mungkin sesuatu yang jarang dibincangkan berikutan ia seolah-olah telah disepakati oleh mana-mana masjid. Namun apabilah mengabaikan asas fiqh menganai hal ini maka akan berlakulah kekeliruan dan malah menyusahkan muslim itu sendiri akibat kejahilan keluasan fiqh. Wallahualam.

BERKAITAN: Hukum Wanita Haid Memasuki Masjid