Helikopter Terhempas Di SMK Balung Laporan Terkini

TAWAU, 04 Okt 2016. Kira-kira jam 9.00 pagi tadi kejadian helikopter terhempas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung telah berlaku. Helikopter yang terhempas merupakan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) jenis Nuri. Helikopter tersebut dikatakan sedang melakukan latihan penerbangan biasa dan secara tiba-tiba membuat pendaratan kecemasan di padang sekolah. Walau bagaimanapun pendaratan kecemasan telah gagal dan merempeh struktur bangunan sekolah.

Menurut Markas TUDM Kementerian Pertahanan, helikopter tersebut membawa seramai 14 penumpang dan semua anak kapal dan penumpang selamat.

helikopter terhempas

Sejurus kejadian, TUDM telah menghantar pasukan keselamatan di lokasi kemalangan bagi membuat beberapa tindakan mengawal kawasan dan seterusnya membawa keluar helikopter tersebut. TUDM juga menjanjikan akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kemalangan tersebut.

TUDM
Bumbung bengkel kemahiran hidup SMK Balung Tawau yang musnah

Dalam satu laporan daripada Bernama, kesemua 14 orang tentera yang terlibat dalam kemalangan telah tercedera dan dihantar ke Hospital Tawau.
img-20161004-wa0006

terhempas
Helikopter TUDM terhempas
helikopter terhempas
Antara struktur yang rosak dalam kejadian

Menurut Sahidi Mahali (Penolong Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau), tiga pelajar dan pekerja kantin sekolah mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut.

Setakat ini belum ada kemalangan jiwa dilaporkan. Ikuti perkembangan laporan terkini kejadian Helikopter Terhempas