Harga Petrol Terkini Mingguan Malaysia Tahun 2020

harga petrol

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menetapkan jadual harga bahan api kegunaan kenderaan setiap minggu iaitu diumumkan pada hari rabu. Harga Petrol ditentukan berdasarkan purata harga pasaran dunia pada minggu sebelumnya. Berikut adalah jadual harga RON97, RON95 dan DIESEL mingguan untuk bulan dalam tahun 2020

Jadual Harga Petrol Mingguan Bulan Ogos 2020 (Seliter)

Tarikh Tempoh RON95 RON97 DIESEL
01 – 07 Ogos RM1.68 RM1.98 RM1.83
08 – 14 Ogos RM1.63 RM1.93 RM1.79
15 – 21 Ogos RM1.68 RM1.98 RM1.82
22 – 28 Ogos RM1.71 RM2.01 RM1.80
29 Ogos – 04 Sept

harga petrol

BACA: Perbandingan Harga Minyak 2017 Dan 2016

Bagaimana Kerajaan Menetapkan Harga Petrol?

Bermula bulan Julai 2015, KPDNKK telah membuat perubahan penetapan harga minyak dalam negara kerana faktor harga minyak mentah dunia yang tidak menentu. Pihak kementerian tidak lagi mengumumkan harga minyak seperti sebelumnya. Sejak pada itu, pihak kementerian telah membuat satu sistem baru dalam menetapkan harga minyak. Sistem itu disebut sebagai sistem apungan terurus.

Apakah itu sistem apungan terurus? Sistem apungan terurus bererti harga minyak adalah bergantung sepenuhnya dengan harga pasaran minyak mentah dunia. Berikutan penghapusan subsidi bahan api oleh kerajaan, sistem ini telah diguna pakai untuk membolehkan harga minyak tempatan relevan dengan harga pasaran minyak mentah dunia.

Sistem apungan terusus beroperasi berdasarkan kiraan harga pasaran secara purata bulanan minyak mentah dunia. Ini bererti, harga pasaran minyak mentah dunia diambil kira dari awal bulan hingga akhir bulan dibahagi dengan jumlah hari bulan tersebut. Maka, semakin mahal harga pasaran secara purata minyak mentah dunia maka penetapan harga runcit minyak dalam pasaran di Malaysia akan semakin mahal. Begitulah juga sebaliknya. Penetapan harga ini diambil kira berdasarkan purata harga bulan sebelumnya dan menjadi penentu harga pada bulan selepasnya.

Selain daripada sistem apungan terurus, harga minyak juga ditentukan oleh nilai mata wang Malaysia dibandingkan dolar Amerika. Semakin kukuh nilai mata wang semasa, maka semakin murah harga minyak runcit di pasaran. Ini kerana ringgit dan dolar sangat berkait rapat dengan proses dagangan minyak mentah dunia.