Harga Minyak Masak Terkini Akan Diumum Esok Oleh KPDNKK

harga minyak masak

Harga minyak masak terkini akan diumumkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mulai esok pada jam 10.30 pagi. Berkata daripada Kementerian iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa harga terbaru bagi minyak masak di negara ini akan diumumkan esok. Ia bagi merasionalisasikan harga terkini barangan tersebut memandangkan beberapa isu yang berlaku perlu diambil keputusan.

Malaysia merupakan pengeluar minyak masak malah negara ini juga antara negara yang memiliki ladang sawit terbesar dunia. Menurut Datuk Seri Hamzah Zainudin, kerajaan telah menetapkan quota pembekalan minyak masak ke pasaran sebanyak 85,000 tan sebulan tetapi ia masih tidak mencukupi.

BACA: Harga Petrol di Malaysia TERKINI

Menurut laporan Berita Harian, mungkin ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan membuat penyeludupan bekalan minyak masak ke negara jiran. Kerajaan telah memberikan subsidi ke atas barangan ini dan ia pasti memberi ruang kesempatan kepada pihak tertentu. Dengan kata lain, pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyeludup ke negara jiran itu akan menggandakan harga jualan kerana di negara ini harga minyak murah disebabkan ada subsidi.

Situasi ini memberi gambaran bahawa harga minyak yang bakal diumumkan esok kemungkinan naik kerana ia berkait rapat dengan isu subsidi. Walaubagaimana pun, pengumuman rasmi perlu dinantikan pada esok 25 Oktober 2016 jam 10.30 pagi oleh Kementerian atau pihak KPDNKK.

BACA: Harga Minyak Masak Semasa

Malaysia mengeluarkan beberapa jenis minyak masak buatan tempatan. Antaranya adalah:

1. Tiara (FGV-FELDA)
2. SAJI (FGV-FELDA)
3. ALIF (Sime Darby)
4. ADELA (FGV-FELDA)
Nantikan pengumuman harga minyak masak terkini di sini mulai esok. Kemaskini akan dilakukan setelah pengumuman rasmi pihak kementerian.