Harga Minyak Masak Terkini Harga Runcit KPDNKK

harga minyak masak malaysia

Harga minyak masak Malaysia terkini telah diumum oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin. Memetik ulasan kemarin, beliau akan mengumumkan harga minya masak di Malaysia pada hari ini.

BACA: Harga Minyak Masak Akan Diumum Esok

Harga minyak masak yang diumum atas sebab merasionalisasikan harga terbaru minyak masak telah rasmi diumum oleh Kementerian KPDNKK tersebut.

Harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50 manakalah harga minyak masak selain itu akan mengikut harga pasaran bermula pada 1 November 2016. Pengumuman harga terkini minyak masak dilakukan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin menteri di KPDNKK susulan langkah Skim Pentrukturan Semula Harga Minyak Masak.

Memetik laporan Berita Harian, ia sebagai langkah mengurangkan pengeluaran minyak masak di sempadan susulan pembelian minyak masak bersubsidi oleh warga negara jiran.

Harga Minyak Masak

  1. Harga minyak masak berpaket RM2.50 sekilo.
  2. Harga minyak masak selain berpaket akan mengikut harga pasaran bermula 1 November 2016.harga minyak masak malaysia