myeidos.com

Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi Keluaran Tahun 2022

Rekabentuk Terkini Myvi 2022

Menjadi perbualan para penggemar kereta yang digelar King of Highway iaitu Perodua Myvi itu kerana bakal dilancarkan pada 18 Nov ini. Berita itu disahkan pihak Perodua bahawa model baharu Myvi ini akan memaparkan kelainan dan beberapa modifikasi yang pastinya tidak lain dengan tujuan untuk memberi kepuasan kepada pengguna. Kami akan paparkan beberapa maklumat hasil dapatan kami di ruang internet mengenai harga dan spesifikasi Perodua Myvi.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah rupa bentuk, kekuatan enjin, ciri futuristik interior dan exterior model ini. Dan sudah tentu yang paling tentu sekali, berapakah harga yang Perodua akan tawarkan kepada peminat Myvi.

Harga dan Spesifikasi Perodua Myvi 2022

Ramai mengatakan Myvi baharu ini merupakan versi tingkat taraf daripada model sebelumnya. Manakalah harga kali ini ditawarkan bermula RM45000 sehingga RM58000 yang mana ia adalah harga atas jalan sebelum insuran dan sebagainya. Jadi harga ini tidak jauh beza dengan model sebelumnya.

Berkenaan kereta, Perodua kali ini memperkenalkan warna Cranberry Red khas untuk varian AV. Warna lain yang turut ditwarkan ialah Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak ditawarkan untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Apa yang lebih penting adalah, sistem bantuan keselamatan pemanduan Advance Safety Assist telah diberikan peningkatan dengan menerima sistem penuh Perodua Smart Drive Assist (PSDA) sama seperti Perodua Ativa. Sistem ini kalau korang nak faham ia seperti keselamatan pintar hampir sama dengan Proton X70. Sistem assist akan mengeluarkan suara arahan atau amaran sekiranya berlaku pemanduan yang tidak selamat seperti terkeluar dari lane, rapat dengan kereta lain dan sebagainya.

Berkenaan enjin pula, sudah tentu King of Highway masih mengekalkan saiz enjin 1.5L dan turut menawarkan enjin bersaiz 1.3L untuk varian G. Jadi ramai yang tertanya-tanya sejauh mana penjimatan petrol yang Myvi ini mampu buktikan. Daripada facelift yang ditampilkan, Perodua Myvi ini mampu lenjan dengan penggunaan petrol sehingga 22.2 km/l berbanding model sebelum ini 21.1 km/l untuk varian 1.3L.

Facelift Myvi 2022

Menurut Perodua, pelancaran model baharu Myvi ini akan ditayangkan secara rasmi pada 18 November. Perasmian akan dibuat secara live menerusi ruangan Facebook rasmi perodua dan Youtube bermula jam 9.00 malam. Sama-sama kita nantikan kejutan-kejutan yang bakal dipersembahkan Myvi model baharu ini. Tempahan juga telah dibuka sejak minggu lalu dan pelanggan boleh terus berkunjung di outlet Perodua terdekat untuk membuat tempahan.

Exit mobile version