Harga Dan Spesifikasi Perodua Aruz SUV Diumum 2019

Syarikat pengeluar kereta tempatan iaitu Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad, PERODUA telah membuka tempahan bagi model kereta terbarunya mulai hari ini. Harga dan spesifikasi Perodua Aruz turut diumumkan dan semua pembeli boleh membuat tempahan mengikut varian yang diminati.

Perodua Aruz ditawarkan dengan model dua varian iaitu X dan AV dengan kedua-duanya enjin berkapasiti 1.5L transmisi Automatik dan mempunya ruang duduk sehingga memuatkan 7 orang termasuk pemandu. Berikutan pengumuman varian bagi model Aruz ini, jadual harga boleh dilihat di bawah:

Harga Perodua Aruz 2019

perodua aruz

Pengumuman harga dan model terbaru Perodua ini membolehkan kita membuat perbandingan dengan harga model SUV kereta yang lain. Ketika ini model Aruz lebih murah RM20 ribu berbanding Toyota Rush yang dianggarkan berharga RM93 ribu hingga RM98 ribu ketika diperkenalkan. Begitu juga dengan model Honda BR-V yang dijual antara RM81 ribu hingga RM88 ribu. Dengan pengumuman harga ini juga, Perodua Aruz akan menjadi pilihan pengguna Malaysia yang sememangnya terbukti berkualiti dan setanding dengan model kereta import lain.

Penawaran daripada dua varian Aruz 1.5L X dan Aruz 1.5L AV ini turut memberi jaminan kilang 150,000km. Ini membuktikan keyakinan akan kualiti produk dan maintenance model baharu tersebut.

Spesifikasi Perodua Aruz

Warna Aruz yang ditawarkan ialah Amazon Green (Metallic), Granite Grey (Metallic), Electric Blue (Metallic), Glittering Silver (Metallic) dan Ivory White (Solid).

Manakalah ciri keselamatan Aruz juga menyediakan 6 Airbags, dengan kecanggihan sistem A.S.A atau Advance Safety System 2.0 di samping rekabentuk tempat duduk yang selesa dan boleh diubah-ubah (Flexible Seating Arrangement). Perodua seperti biasa tetap menggunakan enjin EEV yang terbukti lasak dan diserasikan sistem penjimatan enjin Eco Idle dengan anggaran 15.6 kilometer per liter petrol.

Perbezaan Perodua Aruz Varian X dan AV

spesifikasi perodua aruz

Kedua-dua varian menunjukkan perbezaan di bahagian Style dan Covenience. Hanya varian 1.5L AV yang menawarkan Sportu Roof Rail dan Integrated Driving Video Recorder (DVR). Manakalah varian 1.5L X dengan Fabric Seat dan varian 1.5L AV dengan Leather Seat. Dan beberapa lagi kelebihan yang dipaparkan kepada varian 1.5L AV.

Sumber: Paultan

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*