Hadis Sahih Puasa Hari Arafah Amalan Yang Dilupakan

hadis sahih puasa hari arafah

Sebagai umat Islam, beramal mestilah dengan petunjuk yang benar. Ertinya wajib dengan dalil atau bukti yang diajarkan oleh Nabi secara sahih. Justeri, sempena hari Arafah ini ramai muslim yang akan berpuasa untuk memperoleh ganjaran yang dijanjikan. Ini adalah hadis sahih puasa Hari Arafah. Lihatlah nikmat Allah yang dijanjikan.

Puasa hari Arafah itu dapat menghapuskan dosa dua tahun. Satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang” (Sahih Jam’ah kecuali Bukhari dan Tarmizi tidak meriwayatkanya)

“Dan puasa pada hari Arafah-aku mengharap dari Allah-menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu dan satu tahun yang akan datang. Dan puasa pada hari ‘Asyurah’ (10 Muharram) -aku mengharap dari Allah menghapuskan (dosa) satu tahun yang telah lalu. (Sahih riwayat Muslim, Abu Dawud, Baihaqi)

“Tidak ada hari di mana Allah memerdekakan banyak-banyak hambaNya daripada hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka kepada Malaikat seraya berkata: Apa sahaja yang mereka inginkan (akan Aku kabulkan). (Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Semoga bermanfaat.

INFO:

Tarikh Pembayaran BR1M 2017

Permohonan UPU Online