Guru Terbaik Dunia 2016 Dinobatkan Kepada Hanan Al Hroub

guru terbaik dunia 2016

Kisah Guru Terbaik Dunia 2016. Sempena sambutan Hari Guru, adalah baik sekiranya kita semua mengimbas kembali kenangan semasa bergelar pelajar di sekolah seterusnya bermuhasabah semula betapa besarnya pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa. Banyak mana pun falsafah tentang konsep perguruan, ia tidak bermakna sekiranya proses pendidikan itu tidak berlaku. Dalam istilah arab, ia disebut sebagai Mursyid. Yakni seseorang yang membawa atau mendidik insan agar mengenali tujuan Allah menciptakan manusia ke dunia.

guru terbaik dunia 2016
Hanan Al Hroub

Sejarah berkenaan guru telah direkodkan sejak berkurun lamanya. Kisah-kisah menarik di antara guru dan murid yang dicatat tidak terhitung malah turut mempengaruhi tamadun kemanusiaan. Lihat sahaja hubungan antara Aristotle dan Alexander, salah satu watak antara murid dan guru yang mencorak tamadun Greek, Yunani hingga ke Asia. Tidak ketinggalan dengan catatan-catatan sejarah dunia Arab yang sangat hebat, Imam Jaafar as Sadiq, hinggalah Imam Syafie yang memperlihatkan lapisan generasi pendidik dan ketokohan sebagai ilmuan kerana talian mereka dari yang disanjung tinggi Muhammad SAW. Guru yang telah mencorak tamadun dunia hingga kini dan amat berpengaruh.

Bagi seseorang individu, makna seorang guru mungkin berdasarkan sejauh mana guru telah mempengaruhi dirinya. Dari sini, setiap individu mungkin berbeza penghargaanya terhadap seseorang guru. Namun, jasa guru terhadap dunia mungkin boleh membawa kepada sudut pandang yang lain. Jasa guru yang diiktiraf dunia sudah tentu telah terbukti keupayaanya di dalam dunia pendidikan dengan pelbagai faktor penilian. Ya, ujian seorang guru itu tidak sama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, dunia tidak akan senang selagi jasa guru yang mengesan kepada tamadun tidak diiktiraf. Dan inilah yang telah berjaya dicapai oleh seorang guru daripada Palestin bernama Hanan Al Hroub di dalam Global Teacher Prize.

Sebut sahaja Palestin, kita sudah dapat bayangkan bagaimana seseorang yang bergelar guru mampu menjalankan tanggungjawab di sana. Namun, itulah Hanan yang telah berjaya membuktikan bahawa tugas mendidik adalah tanggungjawab yang tidak mengira risiko dan halangan. Kini, Mac 2016 dunia terpaksa akur dan dan setuju bahawa beliau layak untuk menerima penghargaan tersebut.

708B1544-e1457895511469
Sempena hari guru, marilah kita sama-sama mendoakan agar guru-guru yang mengalami kepayahan dalam menjalankan tanggungjawab mendidik ummat diberikan kekuatan untuk terus beriltizam mencapai matlamat. Doakan khas buat mereka (guru) yang mengalami kekurangan fasiliti, diancam keselamatan, dhaif dan sebagainya agar terus teguh di dalam tugas mendidik. Guru terbaik dunia 2016.

BERKAITAN: Kisah Pelik Buya Hamka Dan KH Abdullah Syafie