Gangguan Seksual Yang Dilaporkan Berlaku di Sebuah Sekolah Agama

Gempar beberapa hari ini berkenaan laporan gangguan seksual di sekolah agama. Ramai pihak cuba merespon isu berkenaan. Media turut menyiarkan berita berkenaan laporan. Gambar di sebuah sekolah agama turut ditayangkan. Antara media yang terlibat adalah astro AWANI. Tidak ketinggalan dari pelbagai pihak media lain.

Kes gangguan seksual bukan sesuatu yang baru di Malaysia. Banyak laporan telah diterima malah masih dalam siasatan. Namun kes kali ini mendapat banyak perhatian kerana ia dilaporkan melibatkan sebuah sekolah agama. Malah pemilik sekolah agama berkenaan merupakan seorang yang tersohor namanya dalam negara.

Asalnya, selebriti bernama Wardina Safiyyah dan aktivis sosial Syed Azmi Alhabshi membuat kenyataan secara terbuka berkenaan kes tersebut. Dikatakan kenyataan terbuka itu sekadar melaporkan kes berlaku di sebuah sekolah agama tanpa pernah menyebut namanya. Namun seorang pemilik sekolah agama tiba-tiba tampil menafikan kes berkenaan berlaku di sekolah agama miliknya.

Screenshot_2016-08-28-09-20-59

Ustaz Kazim Elias tampil menafikan kes gangguan seksual berlaku di sekolahnya.

Astro Awani 26 Ogos lepas melaporkan bahawa Ustaz Kazim Elias telah membuat laporan polis berkenaan pendedahan yang dianggap fitnah terhadapnya. Beliau juga menganggap itu sebagai memburukkan reputasi dirinya dan nama sekolah agamanya. Hal ini menimbulkan polemik berikutan pendedahan yang dilakukan tanpa menyebut lokasi tiba-tiba mengundang respon seorang pemilik sekolah agama.

Screenshot_2016-08-28-09-26-30

Ramai mendakwa Wardina dan Syed Azmi cuba memburukkan sekolah agama. Walhal apa yang mereka dedahkan memiliki asasnya tersendiri. Ia berkenaan gangguan seksual. Tidak kira ia berlaku di mana sahaja. Lebih-lebih lagi ia berlaku di sekolah agama. Laporan telah pun dibuat. Dikatakan 10 laporan telah dibuat dan mangsa serta saksi pun telah memberikan keterangan. Manakalah Ustaz Kazim pula membuat laporan polis dengan menganggap kedua-dua mereka memfitnah sekolahnya.

Kini, biarlah kes berkenaan diambil alih oleh pihak polis. Wardina, Syed Azmi dan Ustaz Kazim boleh menunggu hasil siasatan. Orang awam harus bijak menilai. Jenayah tetap jenayah. Pelaku mesti diambil tindakan. Mangsa mesti dibela. Semoga kebenaran yang akan tampil nanti dapat diterima dengan lapang dada.