Filem The Cursed Korea Tonjol Dukun Voodoo Indonesia

Filem The Cursed Korea

FILEM THE CURSED : Dead Mans Prey telah menarik perhatian peminat filem horror dan mistik apabila watak Dukun Voodoo Indonesia berjaya menonjolkan peranannya dalam cerita penuh dramatik membuak adrenalin penonton. Meskipun jumlah minit pelakon dukun yang memegang watak pengendali mayat (Jaechui/Zombi) itu hanya sedikit, secara keseluruhan ceritanya telah mempengaruhi kejayaan filem tersebut.

Dukun Indonesia Dalam Filem Korea

Apa yang lebih menarik, filem Korea kali ini mengangkat kebudayaan Indonesia berkenaan dunia santet dan juga okultisme Korea Selatan. Orientasi dunia mistik antara kedua-dua negara di zaman moden dengan kombinasi teknologi tidak menjadikan filem ini kekok. Filem ini juga berjaya mempamerkan fakta-fakta menarik berkenaan ilmu santet Indonesia. Agak mencabar menjayakan filem horror dalam cerita abad moden, namun Filem The Cursed kali ini bukan sahaja cemerlang malah tidak mengecewakan penonton.

Filem ini sedang ditayangkan di Pawagam seluruh negara. Ia menceritakan bagaimana sebuah syarikat perubatan yang sanggup menggunakan gelandangan dan juga orang asing untuk tujuan makmal sehingga menyebabkan kematian secara massa yang sadis. Salah satu mangsa itu merupakan anak kepada seorang lelaki dari Indonesia. Akibat terlalu bersedih dan kecewa kerana kehilangan anak kesayanganya, lelaki tersebut telah membangun ritual di sebuah bangunan lama dalam makmal kejadian pembunuhan dan menghidupkan semua mangsa untuk membalas dendam.

Filem The Cursed Korea

Siri pembunuhan secara mistik, yang dilakukan oleh mayat yang sudah meninggal (Jaechui) menjadi perhatian seluruh Korea. Wartawan, penyiasat dan polis pun terlibat. Seorang penyiasat yang bernama Im Jin Hee bersama pasukanya berjaya membongkar punca di sebalik kejadian pembunuhan yang melibatkan dukun. Menjadi persoalan ialah bagaimanakah menemui dukun tersebut kerana mantera yang dibangunkanya (Pendinding) telah menyulitkan mereka menemui dukun tersebut. Dengan hanya menemui kedudukan sebenar dukun itu akan mampu menghentikan santet voodoo yang dilakukan.

Dengan bantuan So Jin yang sejak usia remajanya memiliki saka atau kuasa kegelapan dalam dirinya dan mengembara banyak negara untuk mendalami ilmu mistik, So Jin mungkin berjaya menemui lokasi sebenar dukun tersebut seterusnya menghentikan sihir yang dilakukan agar kejadian pembunuhan misteri tidak lagi berulang. Namun adakah pertentangan mereka di antara santet Indonesia dan Okultisme Korea selesai? Adakah dendam sang lelaki itu berjaya ditebus?

Filem The Cursed Angkay Budaya Santet Indonesia

Filem The Cursed Korea ini pasti tidak mengecewakan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh terus hadir di pawagam terdekat.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*