Apa Masalah Filem PEKAK Yang Diharamkan Brunei?

filem pekak diharamkan brunei

Filem Pekak Diharamkan Brunei? Filem ini mengisahkan seorang watak pekak bernama Uda (Zahiril Adzim) yang ingin merawat masalah pendengarannya dengan terpaksa menjual dadah untuk menampung kos.

Uda bekerja di bawah Pusher (Joe Flizzow) untuk mengedar dadah. Uda mula bertemu Dara dalam beberapa scene dan mulai mesra. Dara pula seorang anak yang dikongkong oleh ayahnya lalu didekati oleh Melur untuk membawanya keluar daripada kongkongan. Uda dan Dara beberapa kali keluar bersama namun Dara masih tidak tahu Uda pengedar dadah ketika itu.

Uda jatuh cinta akan Dara (Sharifah Amani) namun Dara menjadi sasaran Kamil (Iedil Putra) untuk ditiduri. Kamil menggunakan dadah untuk memerangkap Dara namun Azman (Amerul Affendi) iaitu teman lelaki Melur (Sharifah Sakinah) yang dalam keadaan khayal memperkosa Dara.

Dara nazak dan bapa (Zaidi Omar) Dara menyelahkan Uda. Azman terbunuh manakalah Kamil ketagihan dadah kerana tekanan.
filem-pekak-yang-diharamkan-brunei
Filem ini menjadi kontrovesi dan pelbualan ramai bukan sekadar jalan ceritanya malah adegan yang ditayangkan sedikit menyentuh sensitiviti masyarakat. Walaupun Brunei mengharamkan filem ini daripada ditayang, namun di Malaysia masih mendapat sambutan malah mendapat pujian dan anugerah.

Filem ini sangat berbeza dengan filem-filem biasa yang lain kerana filem ini bukan sekadar tentang cinta malah ia bersangkut paut dengan realiti remaja negara. Penerbitan filem ini amat tepat pada masanya bagi mereka yang memahami mesej yang hendak disampaikan.

Namun filem ini kurang sesuai lagi buat remaja low minded yang hanya menonton tapi tidak tahu maksud yang hendak disampaikan.

Isu utama filem ini bukanlah soal adegan. Ia terlalu naif jika sekadar membincangkan soal adegan. Di luar sana tanpa filem ini pun remaja boleh akses adegan-adegan yang lebih dahsyat.

Isu utama filem ini adalah kerana filem ini mendedahkan ‘the hidden’ kehidupan masyarakat negara kita. Realiti yang ramai orang kurang ambil tahu namun ia terlalu kronik. Tidak ada siapa yang boleh nafikan cerita ini sangat berkait rapat dengan sosial negara. Di sebalik kehidupan berkeluarga, remaja bersekolah dan maayarakat awam di sekeliling.

Ini amatlah mustahak bagi kekeluargaan. Kerana di luar sana tidak ramai yang faham realiti sebenar. Ibu bapa sering menyangka anak mereka cukup baik, soleh dan dipercayai. Namun ibu bapa yang sama juga tidak pernah ambil tahu kegiatan anak mereka di luar rumah. Anak berkawan dengan siapa, kegiatan di luar waktu persekolahan dan bermacam lagi.

Masalah Dara dalam filem ini ialah kehidupanya yang tidak seronok, kurang perhatian, dikongkong, dan cara ayahnya yang agak kolot menjaganya. Ayahnya juga terlalu simplistic dengan amat mempercayai gelagat anak di hadapanya. Ayahnya juga tidak terlalu ambil tahu dengan siapa Dara bergaul.

Di negara kita, kisah-kisah seperti ini bukan baru. Anak menjadi pelacur, hisap rokok, clubbing, minum arak dan sebagainya. Dari sisi ini ia bukan menghairankan. Namun kita yang tidak mengetahui pasti merasa jijik. Apa pun itulah realitinya. Hubungan seks bebas bukan lagi perkara pelik. Membuat video lucah bukan lagi perkara yang dimalukan. Sisi-sisi inilah sebab kenapa penayangan filem ini amat tepat pada masanya bagi ibu bapa membuka mata dan sedar dari tidur. Bahawa sudah tiba masanya mereka ambil lebih serius akan permasalahan ini.

Tidaklah kesemua masalah ini dibebani oleh ibu bapa. Namun sokongan ramai pihak agar masalah ini dapat diselesaikan. Faktor anak yatim, anak yang didera ibu bapa lalu keluar dengan kawan penagih, masalah ekonomi keluarga dan banyak lagi. Ini bukanlah cakap kosong. Ianya memang realiti. Oleh itu semua pihak harus membuka mata kerana sisi kehidupan masyarakat seperti ini memang wujud dan ia amatlah serius.