Fakta Kes Lesbian Disebat Di Mahkamah Syariah Terengganu

fakta kes lesbian disebat

Mahkamah Syariah di Negeri Terengganu telah menjatuhkan hukuman ke atas dua orang wanita yang didapati bersalah di bawah enakmen syariah negeri itu semalam. Hukumen itu dilakukan di khalayak di dalam sebuah bilik yang dihadiri oleh pelbagai pihak. Berikut merupakan fakta kes lesbian disebat yang dapat dikongsikan.

BERKAITAN: Ciri Hotel Patuh Syariah

Siapakah Pesalah?

Pesalah adalah dua orang wanita yang masing-masing berumur 24 tahun dan 32 tahun berasal daripada Terengganu dan Pahang.

Di Manakah Mereka Ditangkap?

Pesalah telah ditangkan di Parkir Arena Merdeka, Dungun Terengganu.

Bilakah Mereka Ditangkap?

Pada 8 April 2018 Jam 1:50 Petang

Situasi Masa Ditangkap?

Mereka berada di dalam kereta bercermin gelap di tempat duduk belakang.

Perkara Yang Ditemui?

Seluar dalam pasangan dan alat sulit lelaki tiruan.

Klausa Pendakwaan?

Seksyen 30:

“Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah (persetubuhan diantara perempuan dengan perempuan) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu”

Tindakan Tertuduh?

Mengaku bersalah dan tidak melakukan rayuan meskipun diberikan tempoh selama 14 hari

Hukuman Yang Dikenakan?

Denda RM3,300 dan masing-masing dikenakan 6 sebatan

Lokasi Sebatan Dilaksanakan?

Di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu. Sebatan dilaksanakan dengan disaksikan oleh 100 orang awam yang terdiri daripada wartawan, NGO dan wakil persatuan peguam. Orang awam juga tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman sepanjang proses hukuman dijalankan.

fakta kes lesbian disebat

Bagaimanakah Kaedah Sebatan?

Sebatan syariah tidak mencederakan seperti mana sebatan sivil ke atas pesalah rogol. Ia lebih bertujuan mendidik. Antara peraturan yang ditetapkan ialah orang yang melaksanakan sebat hendaklah menggunakan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukai kulit pesalah dan bagi pesalah wanita hendaklah dilaksanakan dalam keadaan pesalah duduk.


Fakta kes lesbian disebat menjadi polemik berikutan ulasan-ulasan daripada pelbagai pihak. Namun hukuman sebat syariah di Terengganu bukanlah pertama kali dilakukan di Malaysia. Namun pernah dilakukan di Tawau, Sabah pada 2014 dan 2016 dengan kesalahan persetubuhan haram (zina).

Pelbagai pihak memberikan reaksi termasuklah pemimpin-pemimpin dan aktivis berikutan kes yang tular tersebut. Oleh itu, semua pihak harus bertindak rasional dan berfikiran matang dalam membuat ulasan agar fakta kes lesbian disebat tidak dimanipulasi.

Berikut Adalah Ulasan Mufti Perlis Mengenai Kes Di Terengganu

Sumber:

http://www.kosmo.com.my/negara/lesbian-terengganu-disebat-1.741084