E-Wallet Cara Tebus RM30 Melalui Aplikasi Telefon Bimbit

Rakyat Malaysia beruntung kerana kerajaan amat prihatin dan memahami perkembangan semasa. Ramai pengguna di luar sana yang sudah menggunakan aplikasi secara online. Khususnya peniaga online yang semakin berkembang. Oleh sebab itu kerajaan telah melancarkan e-wallet sebagai inisiatif bagi meransang ekonomi digital di samping membantu rakyat yang memerlukan.

Sebanyak RM450 juta telah dibelanjakan oleh Kementerian Kewangan untuk memulakan sistem ini. Manakalah Khazanah Nasional diberikan amanah sebagai kordinasi program yang futuristik dan trending peringkat global ini. Berikut kami kongsikan cara menebus RM30 secara percuma.

Bagi memastikan anda boleh menebus RM30, anda hendaklah memuat turun 3 aplikasi dalam telefon bimbit anda seperti di bawah.

  1. Aplikasi Boost
  2. Aplikasi Touch ‘N Go
  3. Aplikasi Grab

e-wallet

cara tebus rm30 e-wallet

rm30 percuma

Meskipun terdapat banyak lagi aplikasi e-wallet, namun setakat ini hanya aplikasi Boost, Touch ‘N Go dan Grab sahaja yang menjalin kerjasama dengan program e-wallet yang dilancarkan kerajaan Malaysia.

Cara Menebus RM30 Secara Percuma Melalui Aplikasi

  1. Muat turun (download) aplikasi
  2. Sahkan akaun (verify) aplikasi anda
  3. Kemudian tekan dan tebus RM30
  4. Siap! anda boleh berbelanja secara online

BERKAITAN: Cara Daftar E-Kasih i-SURI KWSP