Doa Buka Puasa Ramadhan Bahasa Arab dan Melayu

Umat Islam yang berkemampuan serta memenuhi syarat diwajibkan untuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tarikh puasa Ramadhan akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui saluran prima setelah Panel Pakar Falak Islam JAKIM membuat pencerapan anak bulan. Umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa seharian akan berbuka pada masa yang telah ditetapkan dalam jadual waktu solat kalendar Islam. Berikut adalah doa buka puasa ramadhan mengikut lafaz bacaan arab serta maksudnya.

Jadual Waktu Berbuka Puasa Mengikut Negeri Seluruh Malaysia 2018

‘Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa’ (Al-Baqarah: 183)

doa buka puasa ramadhan

Cara Bacaan Doa Buka Puasa Ramadhan

Arab: Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthortu Birohmatika Yaa Arhamar Roohimiin

Maksud: Ya Allah kerana Mu aku berpuasa, Dengan Mu aku beriman, kepada Mu aku berserah dan dengan rezeki Mu aku berbuka (puasa) dengan Rahmat Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih.


BERKAITAN:

Cara Lafaz Niat Puasa Ramadhan

Niat Ganti Puasa Ramadhan Yang Ditinggalkan

Cara Bayar Fidyah dan Kiraanya