Datuk Seri Vida Berang Tajaanya Pada Pasukan Kelantan Merugikan

KECEWA kerana tajaan 16 juta kepada pasukan The Red Warrior atau pasukan Kelantan tidak memberi keuntungan seperti yang diharapkan, Datuk Seri Vida mungkin akan menamatkan kontrak itu setakat seperti yang dijanjikan.

Datuk Seri Vida atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Vida menyatakan rasa kecewa kerana tujuan tajaanya untuk mendapatkan pulangan tidak mencapai sasaran.

Beliau mengatakan lagi bahawa tujuan beliau membuat tajaan adalah agar mendapat pulangan perniagaan yang menguntungkan namun apa yang dialami sepanjang kontrak adalah kerugian. Penyokong The Red Warrior lebih suka membeli baju jersi yang diciplak dan bukanya jersi yang asli meskipun harga yang ditawarkan setiap helai adalah berpatutan.
Datuk Seri Vida
Prestasi The Red Warrior itu kini semakin merosot. Ia memberi kesan buruk kepada hasil tajaan Datuk Seri Vida malah kontrak yang dijanjikan berakhir tahun 2017 itu mungkin tidak diteruskan. Datuk Vida menyatakan meskipun beliau sudah mengeluarkan jumlah tajaan sebanyak 16 juta namun jualan produknya masih tidak bertambah. Penyokong tidak pernah berkurang kepada pasukan itu namun amat menghairankan kerana namanya melonjak tetapi jualan produk kosmetik dan jersi tidak bertambah.

Dalam satu kenyataan Datuk Seri Vida dalam Mstar Online beliau mengatakan, “Suami isteri sekalipun, walau sudah berjanji sehidup semati, tapi kalau dah sakit jiwa, bercerai sajalah. Buat apa menderita,” katanya.

Kenyataan itu menjelaskan status kontrak bersama pasukan Kelantan itu yang popularitinya semakin malap daripada arena bola sepak negara malah kedudukannya dalam pertandingan tidak memberansangkan.

Difahamkan Datuk Seri Vida akan membuat pertemuan dengan Preaiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) iaitu Tan Sri Annuar Musa dalam masa terdekat.

Datuk Vida telah melakukan program tajaan yang popular tahun ini apabila jutawan kosmetik kecantikan itu menaja pasukan Kelantan sewaktu pasukan itu berada di kemuncak populariti arena bola sepak negara. Rancangan tajaannya turut melonjak namanya apabila beberapa keputusan dalam perjanjian memberi gambara beliau sangat menonjol dari segi tema dan branding terutamanya bahagian warna stadium bolasepak Kelantan yang dicat dengan warna merah jambu.

Datuk Seri Vida juga telah membuat banyak tajaan lain seperti industri hiburan nyanyian.

1 Trackback / Pingback

  1. Saksikan Live Streaming Badminton Korea Open Year 2016

Comments are closed.