Datuk Lajim Ukin Umum Parti Baru Untuk Rakyat Sabah

datuk lajim ukin umum parti baru

25 Oktober 2016. Datuk Lajim Ukin umum parti baru yang baru sahaja diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Beliau mengumumkan nama parti barunya di lobi ROS hari ini setelah Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) disahkan oleh ROS.

Memetik Malaysiadateline, beliau mengatakan bahawa matlamat parti barunya ini adalah untuk memperjuangkan serta menuntut hak rakyat Sabah dari segi ekonomi, pembangunan, hak kesamarataan dan sebagainya.

Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) menggunakan logo dengan menonjolkan simbol Gunung Kinabalu sebagai lambang kebanggaan rakyat Sabah. Difahamkan permohonan penubuhan parti baru tersebut dilakukan pada 14 September dan telah disahkan pada 23 September lalu. datuk lajim ukin umum parti baru

 

Datuk Lajim Ukin sebelum ini merupakan pengerusi perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan telah mengumumkan keluar parti bersama beberpa pimpinan parti lain di Yaho Hotel lalu. Baca.