Datuk Awie Dan Awie Wings Tetap Awie Yang Sama

“Alhamdulillah. Hanya lafaz kesyukuran yang dapat saya ungkapkan ketika ini. Pada masa sama, tiada apa yang berubah, saya masih Awie yang sama dan mencari rezeki di atas pentas sebagai anak seni.” Ulas Awie Wings yang kini bergelar Datuk Awie.

Vokalis kumpulan WINGS iaitu Awie telah dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang seterusnya membawa gelaran Datuk kepada beliau sempena hari ulang tahun keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke-86 bagi tahun 2017. Sumber BH Online.

Awie mula mendapat perhatian media sosial setelah gambarnya telah dimuat naik di laman sosial instagram per3m.

datuk awie

Assalam… Pertiga Malaysia mengucapkan setinggi2 tahniah kepada Timbalan Presiden Pertiga Malaysia: Paduka Pengasas Diraja Ayahanda YH Dato’ Ahmad Azhar Othman Diatas Pengurniaan Darjah Indera Makhota Pahang yang telah dizahirkan sebentar tadi.”

Gambar yang dimuat naik itu telah tersebar meluas seluruh negara. Penganugerahan itu disempurnakan oleh Paduka Pengasas Diraja Ayahanda YH Dato’ Ahmad Azhar Othman. Datuk Awie yang juga vokalis terkenal dalam kumpulan WINGS juga merupakan antara kumpulan band yang popular dalam industri hiburan tanah air sekitar tahun 90-an. Dalam satu ulasan oleh penyanyi rock itu mengatakan bahawa beliau masih Awie yang sama meskipun telah diberi gelaran datuk dan terus mencari rezeki di pentas seni seperti biasa.

BACA: Piko Taro Catat Rekod Dunia

Tahniah kepada Datuk Awie atas penganugerahan yang diberikan. Sememangnya beliau layak mendapat gelaran itu kerana terlalu banyak berjasa di dalam industri muzik tanah air. Kumpulan Wings dan suara vokalis itu antara yang mencorak pembangunan industri muzik. Hasil kesungguhan mereka menghiburkan peminat memang wajar diberi penganugerahan. Myeidos.com