Daftar Permohonan i-SURI KWSP Online Data e-Kasih

daftar permohonan i-suri kwsp

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) mengumumkan bahawa mulai hari ini, pendaftaran untuk Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) boleh dibuat, dan mereka yang layak boleh mendaftar sebagai ahli KWSP untuk menyertai i-Suri dengan mengunjungi mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh negara. Daftar permohonan i-SURI KWSP melalui online belum disediakan. Namun kami akan kongsikan langkah dan cara membuat pendaftaran mengikut syarat yang betul.

Kumpulan Sasar Yang Mendapat Manfaat i-SURI KWSP

  • Suri rumah kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Balu dan Ibu Tunggal (e-Kasih)

Ini bertepatan dengan cadangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa golongan wanita suri rumah sepenuh masa dan juga kategori e-Kasih bakal menikmati insentif yang telah mula dilaksanakan mulai 15 Ogos secara berperingkat.

Syarat Kelayakan Memohon i-SURI KWSP

  1. Golongan suri rumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih setakat 30 Jun 2018 termasuk isteri (Ketua Isi Rumah) dan Ketua Isi Rumah (Balu, Cerai, Bujang)
  2. Warganegara Malaysia
  3. Belum mencapai umur 60 tahun
  4. Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun.

Daftar permohonan i-SURI KWSP hendaklah terlebih dahulu tergolong dalam Pangkalan Data Kemiskinan e-Kasih. Pendaftaran e-Kasih atau semakan pendaftaran e-Kasih boleh dibuat seperti berikut;

Panduan Daftar e-Kasih Klik Pautan
Semakan e-Kasih Portal e-Kasih

Setelah didaftarkan dalam sistem e-Kasih, permohonan i-SURI KWSP boleh dilakukan

Cara Daftar Permohonan i-SURI KWSP

Pendaftaran hanya boleh dilakukan ke pejabat KWSP di mana-mana cawangan seluruh negara. Pemohon dikehendaki untuk berurusan di kaunter KWSP. Berikut adalah info grafik insentif i-SURI KWSP.

daftar permohonan i-suri kwsp

Untuk maklumat lanjut mengenai eKasih, sila hubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MGCC) di 03-8000 8000, dan untuk penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan KWSP, sila hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di 03-8922 6000 atau rujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau kunjungi mana-mana cawangan KWSP seluruh negara.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya. Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar. KWSP terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.