Cukai Peniaga Online Berdaftar SSM Akan Dilaksanakan

cukai peniaga online

Dalam satu laporan portal FMT hari ini menyiarkan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) sedang mengkaji kemungkinan akan mengenakan cukai peniaga online yang berdaftar di SSM. Pihak kementerian dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sedang dalam proses perincian berkenaan cukai kepada peniaga dalam talian.

online-business-tax
Antara alasan yang diberikan oleh MOF ialah kerana seiring dengan perkembangan peniaga atas talian dan penurunan pendapatan negara daripada perniagaan bukan talian. Antara sebab lain ialah perniagaan yang mampu memperoleh pendapatan RM3000 hingga RM4000 boleh dikenakan cukai. Namun, tidak dinyatakan polisi rasmi yang bakal dikenakan kepada peniaga online.

Sehingga kini, ribuan peniaga telahpun menceburi bidang perniagaan berasaskan sistem online. Ada yang berdaftar melalui SSM yang sememangnya membayar cukai, dan ada yang berniaga online secara individu tanpa terlibat mana-mana polisi atau proses bayaran cukai.

Selain itu, keputusan yang belum muktamad ini mungkin disebabkan atas faktor penurunan paras KDNK negara yang sangat membimbangkan. Walaubagaimanapun, masa akan menentukan bagaimana perincian berkenaan cukai perniagaan atas talian ini sekiranya dilaksanakan.

Ulasan ringkas.

Tindakan KPDNKK sebenarnya bukan sesuatu yang baru. Namun ia kelihatan lebih mengkhususkan kepada peniaga yang sepenuh masa beroperasi secara atas talian internet. Sebagai makluman, semua peniaga yang telah mendaftar lesen berniaga di SSM sebenarnya secara langsung telah membayar cukai. Namun cadangan terbaru yang diumumkan oleh kementerian lebih kepada cukai peniaga online yang menepati ciri wajib membayar cukai. Sebagai contoh, pendapatan melebihi RM450k setahun yang memenuhi syarat wajib GST.

Walau bagaimanapun, kita nantikan pengumuman MOF dan SSM secara rasmi kemudian beserta mekanisme yang akan mereka laksanakan.

INFO: Cara Pengiraan Pelaburan ASB