Ciri Hotel Patuh Syariah Yang Perlu Umat Islam Tahu

ciri hotel patuh syariah

Ciri Hotel Patuh Syariah Menurut Pandangan Agama Islam

Patuh syariah bermaksud operasi yang halal dan tidak melibatkan unsur-unsur haram dalam perniagaan. Di dalam Islam, Islamic Hotel adalah sesuatu perkara yang baru kerana implementasi syariah ke dalam perniagaan berasaskan perhotelan ini baru diwujudkan berikutan kesedaran pengusaha-pengusaha muslim dalam industri penginapan dan pelancongan.

Hotel yang patuh syariah sukar dikenalpasti kerana sistem hotel yang menjurus kepada halal itu tidak cukup melainkan sekaligus dapat mencegah daripada berlakunya perkara haram di dalam hotel.

Sebenarnya ramai yang berpandangan hotel tidak dapat dikategorikan sebagai perniagaan patuh syariah kerana ketidak pastian (uncertainty) yang wujud di dalam operasi perniagaan seperti perlakuan pelanggan dan sebagainya. Ia adalah perkara privasi dan selalu melanggar hak individu.

Namun perlu diketahui bahawa sistem muamalat dalam Islam sangat kompleks. Tidak semestinya perkara haram yang peratusnya rendah di dalam operasi perniagaan itu wujud maka akan menyebabkan keseluruhan perniagaan sekaligus non-shariah compliance. Sebagai contoh, ada yang berpendapat syarikat penerbangan yang menyediakan minuman arak dalam penerbangan yang mana hanya mewakili 5% dalam keseluruhan operasi perniagaan menganggap perniagaan tersebut masih patuh syariah. Begitulah kepelbagaian pandangan mengenai ilmu muamalat dalam Islam.

BACA JUGA: Hukum Wanita Haid Memasuki Masjid

Mari kita pelajari ciri hotel patuh syariah secara umum. Mungkin selepas ini pengusaha bolehlah menerapkan ia ke dalam perniagaan. Manakalh pengguna pula lebih selesa dan yakin akan hotel berkenaan.

CIRI HOTEL PATUH SYARIAH

  • Pembayaran adalah mengikut akta undang-undang dan akad jual beli yang sah di sisi agama. Wujud transaksi yang membolehkan kedua pihak setuju.
  • Menyediakan makan yang diyakini sumbernya halal, bersih dan diurus oleh tukang masak muslim.
  • Kedua pihak pemilik hotel dan pelanggan bersetuju akan terma dan syarat. Ini seperti yang pertama di atas. Ini termasuklah masa check in dan check out mesti dipatuhi. Bilik dan servis adalah sama seperti dalam iklan. DLL.
  • Pengurusan Hotel memastikan pasangan yang menginap adalah pasangan berkahwin. Perlu minta kad kahwin di kaunter pembayaran. Ini adalah hak pemilik hotel bagi memastikan perkara yang menyalahi agama berlaku dalam hotel.
  • Hotel memastikan tiada wujud operasi luaran seperti keluar masuk tetamu yang tidak berdaftar. Ini bagi mengelak orang luar seperti wanita bebas memasuki hotel.
  • Lantik pegawai syariah yang memantau perjalanan operasi hotel sepanjang masa.
  • Sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa jabatan agama, polis, dan imegresen.

CIRI KHAS BILIK HOTEL PATUH SYARIAH

  • Bersih
  • Kemas
  • Harga berpatutan dan sesuai mengikut pakej
  • Tiada barang rosak.
  • Menyediakan petunjuk arah kiblat.
  • Tidak menyediakan khidmat rancangan tv lucah (Ini biasa di Barat)
  • Menyediakan ciri keselamatan seperti telefon kecemasan dan kamera CCTV di ruang koridor.
  • DLL.

Hotel yang patuh syariah tidak sekadar transaksinya yang halal tetapi juga perkhidmatanya yang sesuai dengan harga bayaran. Patuh syariah tidak semestinya dalam bilik itu ada ayat Al-Quran tergantung atau dinding-dinding diukir seperti kubah masjid padang pasir, TIDAK.

Patuh Syariah adalah perkara yang melibatkan sistem, perkhidmatan dan material di dalam sesuatu perniagaan.

Semoga sedikit perkongsian ini dapat menambahkan kefahaman kita mengenai perniagaan yang patuh syariah berasaskan perhotelan.

Yang Benar,

Hamba Allah.

Penulis adalah graduan Ijazah dalam Fakulti Muamalat.