Ciri-Ciri Pengguna Yang Bijak Elak Mengalami Kerugian

harga minyak masak terkini

Sebagai seorang pengguna, tidak kira sama ada pengguna berkaitan makanan atau pun perkhidmatan, anda mestilah tahu beberapa perkara agar anda menjadi pengguna bijak. Ciri-ciri pengguna bijak dapat dipaparkan dengan syarat anda mengetahui hak anda sebagai pengguna dan langkah yang wajar dilakukan agar anda tidak mengalami kerugian.

Setiap pengguna mempunyai hak. Antara hak pengguna adalah hak untuk mendapatkan ganti rugi, hak untuk mendapatkan maklumat, dan hak untuk mendapatkan barangan atau perkhitmatan yang selamat.

BACA: Hak-hak Pengguna

Sebagai huraian contoh; Hak Untuk Mendapatkan Maklumat, setiap pengguna berhak untuk mengetahui maklumat makanan yang dijual di pasaran. Penjualan sesuatu produk mesti melepasi kementerian kesihatan. Dalam hal ini, banyak produk yang dijual di pasaran mungkin tidak memiliki label yang sah daripada kementerian kesihatan. Seperti air jampi, Kementerian Kesihatan dan JAKIM telah keluarkan kenyataan rasmi bahawa air jampi yang dijual di pasaran adalah tidak sah di sisi undang-undang dan ianya boleh diambil tindakan. Larangan tersebut bukan kerana ia adalah air jampi, tetapi kerana air jampi yang dijual tidak melepasi undang-undang dan ia boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 4(1)(f) akta makanan 1983. Setiap produk yang dijual akan ditandakan dengan label akuan sah daripada kementerian kesihatan. Tanpa label akuan ini, penjual boleh dikenakan tindakan dan pengguna berhak untuk membuat laporan.

8 Hak Pengguna:

ciri-ciri pengguna bijak

Selain mengetahui hak pengguna, anda juga haruslah mengetahui langkah yang bijak agar dapat membuat pilihan yang tepat.

  1. Kualiti

Produk atau perkhidmatan yang berkualiti merupakan faktor utama dalam membuat pilihan. Pastikan produk atau perkhidmatan yang disediakan menepati ciri asas seperti kebersihan, keselamatan, dan mengikut undang-undang.

2. Harga

Kebanyakan pengguna hari ini mempunyai perhatian yang tinggi mengenai harga sesuatu produk atau perkhidmatan. Mungkin disebabkan faktor kenaikan kos sara hidup yang semakin ketara. Sebagai pengguna yang bijak, pastikan produk atau perkhidmatan yang dipilih mesti berpatutan dan bersesuaian harganya. Harga yang mahal tetapi tidak berkualiti tiada gunanya. Oleh itu, pengguna haruslah membuat perbandingan harga mengenai sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan membuat perbandingan, pengguna dapat membuat pilihan tepat.

Sebagai contoh, Perkhidmatan Uber dan Taksi. Hari ini, SPAD telah meluluskan operasi Uber. Oleh itu pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan. Sekiranya pengguna merasakan tambang Uber lebih murah dan cekap berbanding Taksi, apa salahnya jika pengguna memilih Uber.

BACA: Beza Uber Dan Grabcar

3. Baca Label

Pastikan produk yang hendak dibeli mempunyai label yang sah dan bukanya tiruan. Anda boleh semak kod atau hologram produk melalui aplikasi pintar seperti MediTag Checker (Khas Untuk Perubatan), atau ke direktori HALAL.

4. Persekitaran yang Bersih dan Selamat

Tidak ramai sebenarnya yang mengambil berat akan ciri kebersihan dan keselamatan persekitaran kedai yang dikunjungi pengguna untuk membeli sesuatu barangan. Ada kedai yang kotor kerana dimasuki tikus, lipas dan lalat. Ada juga kedai yang berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap merbahaya seterusnya menjejaskan keselamatan barangan yang dibeli.

5. Proses Jual Beli Yang Sah

Ciri-ciri pengguna bijak tidak cukup sekadar memfokuskan produk atau perkhidmatan, malah juga mengambil berat mengenai prosel jual beli yang sah. Sebagai seorang pengguna, pastikan proses jual beli yang diamalkan adalah sah di sisi undang-undang. Pastikan wang baki yang dikembalikan adalah asli dan pastikan anda mendapat resit belian bagi memudahkan rujukan masa akan datang.

BACA: PPIM dan JAKIM Larang Rakyat Malaysia Beli Sambal Kerabu Thailand

Sebagai seorang pengguna, haruslah menyedari bahawa banyak cabaran yang wujud bagi memastikan hak pengguna terjamin. Penipuan sering berlaku dan ramai pengguna tidak dapat menuntut haknya kerana kekurangan maklumat. Pastikan anda bertindak agar kesemua ciri-ciri pengguna bijak dapat diadaptasi ke atas diri anda.