Chess Tiga Pemain Ini Pasti Mencabar Otak Anda

Kita biasa mendengar permainan Chess dengan dua pemain. Namun apa yang anda lihat ini adalah benar. Chess tiga pemain telah dicipta dan ini pasti memberi cabaran yang lebih berat kepada pemain. Kami kongsikan maklumat ini melalui nikolateslafan.com bahawa chess dengan tiga pemain ini merupakan modifikasi terbaru yang mengujahkan.

chess tiga pemain

Papan catur ini berbentuk hexagon dengan 6 bucu. Buah catur ini juga masih sama. Sekiranya anda biasa bermain chess sebelum ini, pasti ia bukanlah sesuatu yang asing kepada anda untuk bermain chess tiga pemain

Peraturanya mudah sahaja. Langkah pergerakan setiap buah catur masih sama dan tidak berubah. Cuma anda harus faham bahawa apabila papan catur ini berbentuk hexagon, anda haru mengarahkan pergerakan buah catur dengan betul. Anda hanya perlu mengikut garisan petak. Sebagai contoh, pergerakan buah catur Queen (D,1) berwarna putih adalah mengarah ke buah catur King (D,8) berwarna hitam atau petak D ke D yang mana ia adalah pergerakan melengkung mengikut petak dalam papan catur.

Bagaiamana Cara Menentukan Pemenang?

Pemenang adalah ditentukan siapa yang mula-mula sekali meng-checkmate pihak lawan dan pemain yang di-checkmate adalah kalah. Manakalah pemain yang satu lagi adalah kategori tempat kedua.

Peraturan penting dalam chess tiga pemain ini ialah mestilah bebas pakatan. Atau dalam kata lain, dua pemain tidak boleh melawan satu pemain sahaja. Ia disebut ‘neutrality rule’ tahun 2000 oleh Ilshat Tagev. Sekiranya anda berminat untuk cuba bermain chess tiga pemain ini, anda boleh mencuba secara online ke laman iniĀ https://www.threechess.com/en/

MENARIK: Senjata Rahsia Nazi Jerman Yang Ditiru Amerika

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*