Cara Untuk Daftar Pemilih Pengundi Malaysia 2020

Sebagai warga Malaysia, hak untuk mengundi merupakan perkara yang sudah dijamin dalam perlembagaan negara. Menurut Perkara 113, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah badan yang berfunsi untuk memastikan warganegara Malaysia yang layak dan cukup syarat terlibat dalam proses memilih wakil rakyat. Proses memilih wakil rakyat melibatkan dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN). Oleh itu sekiranya anda salah seorang yang telah layak, anda perlu tahu cara untuk daftar pemilih. Tarikh PRU14 dijangka pada 2018 namun anda sekurang-kurangnya telah membuat permohonan tiga bulan sebelum hari mengundi.

Tarikh Penting PRU-14
Keputusan Rasmi PRU-14
Manifesto BN PRU-14

cara untuk daftar pemilih


SYARAT UNTUK DAFTAR PEMILIH

1) Warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan biru yang sah.
2) Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
3) Bermastautin di tempat atau kawasan pilihanraya.
4) Tidak dihalang oleh mana-mana undang-undang untuk mengundi.

TEMPAT UNTUK MENDAFTAR

1) Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya
2) Pejabat POS
3) Wakil yang telah dilantik seperti NGO
4) Wakil-wakil jabatan
5) Wakil parti politik
6) Pasukan outreach SPR


CARA UNTUK DAFTAR PEMILIH

SPR dan badan yang menjadi wakil biasanya akan membuka kaunter daftar pengundi di kawasan bandar dan perkampungan. Namun adalah lebih baik anda sendiri ke pejabat SPR untuk membuat pendaftaran. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke kaunter SPR, dan mengisi borang daftar pemilih. Kad pengenalan akan diserahkan kepada petugas SPR dan borang juga akan diisi oleh petugas tersebut. Setelah ia selesai diisi, pastikan maklumat yang diisi adalah sama seperti dalam kad pengenalan. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diisi dalam borang, turunkan tandatangan kemudian minta bantuan kepada staf yang bertugas untuk membuat salinan borang yang anda tanda tangan itu tadi.

  1. Melalui Pejabat SPR.
  2. Melalui kaunter sah seperti Pejabat POS.
  3. Melalui NGO yang diberi kebenaran oleh SPR.
  • Membawa kad pengenalan ke pejabat SPR
  • Mengisi borang yang diberikan oleh SPR
  • Memberikan salinan kad pengenalan kepada kaunter atau NGO yang ditugaskan serta mengisi borang yang disediakan.

Pautan pantas SPR: Pendaftaran Pemilih


BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA BERADA DI LUAR NEGARA?

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara tetap diberikan platform pendaftaran. Antaranya anda boleh ke kedutaan atau konsulat Malaysia dan berjumpa dengan pegawai yang dilantik oleh SPR untuk membuat permohonan daftar pemilih. Serahkan kad pengenalan kepada petugas yang dilantik untuk mengisi borang anda. Setelah petugas itu selesai anda boleh baca dan teliti maklumat yang telah diisi. Setelah berpuas hati dengan maklumat dalam borang anda boleh lah turunkan tanda tangan. Kemudian dapatkan salinan borang tersebut sebagi bukti yang boleh disimpan.

Maklumat Selanjutnya: SURUHANJAYA PILIHAN RAYA