Cara Tuntut Wang Alamat Jabatan Akauntan Negara WTD

Ramai yang mula sedar akan kewujudan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara. Berikutan info mengenai sejumlah wang mungkin tersimpan kepada sesiapa sahaja yang pernah mempunyai rekod akaun sama ada simpanan bank, insuran, firma atau syarikat tersimpan dalam WTD. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin menuntut wang tersebut, ini adalah Cara Tuntut Wang Alamat Jabatan Akauntan Negara yang perlu anda lakukan.

Langkah membuat tuntutan

  1. Hadirkan diri ke Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran. Sebagai info alamata setiap lokasi, sila klik pautan ini: Alamat Pejabat Akauntan Negara Seluruh Malaysia
  2. Sediakan kad pengenalan dan mengmbil nombor giliran
  3. Serahkan kad pengenalakan kepada pegawai yang bertugas untuk membuat semakan. Sekiranya tiada rekod mungkin bukan rezeki. Sekiranya ada baki sejumlah wang, maka ikuti langkah seterusnya.
  4. Lengkapkan borang yang diberikan dengan menyertakan salinan kad pengenalan dan pengesahan bank berkenaan sama ada penyata bank atau buku bank yang masih aktif bagi tujuan kredit WTD ke akaun tersebut. Sila lengkapkan juga dokumen yang berkaitan jika perlu.
  5. PERHATIAN: Diwajibkan pemohon Wang Tak Dituntut untuk pergi ke bank yang dinyatakan untuk membuat pengesahan. Serahkan borang pengesahan kepada pihak bank untuk mendapatkan pengesahan.
  6. Selepas dokumen dan borang lengkap diisi serta dihantar ke Jabatan Akauntan Negara, wang yang dituntut akan dikreditkan ke akaun anda dalam masa 30 hari.
  7. RALAT: Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh tunjukkan sijil kematian, surat kahwin, atau surat-surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan waris agar semakan boleh dibuat.

Pemohon tidak akan terus dapat wang tersebut pada hari yang sama. Proses menuntut haruslah mengikuti langkah-langkah yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara.

Cara Tuntut Wang Alamat Jabatan Akauntan : Contoh arahan untut melengkapkan dokumen tuntutan WTD

Contoh Borang

Setakat ini, sejumlah RM5.779 bilion masih belum dituntut oleh pemilik sama ada yang masih hidup atau waris yang sudah meninggal. Laporan itu dipetik daripada Harian Metro. Rakyat Malaysia digalakkan untuk membut tuntutan wang kerana ia akan terus tersimpan dalam rekod Jabatan Akauntan Negara.

Untuk semakan alamat Jabatan Akauntan Negara setiap negeri dan cawangan yang berdekatan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*