Panduan Trade In Kereta Lama Atau Baru

Panduan Trade In Kereta Tips dan Cara

Kereta adalah salah satu kenderaan yang menjadi keperluan harian bagi setiap pengguna dalam memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat. Pelbagai jenis kenderaan ini dan ia dipilih bergantung kepada kemampuan kewangan dan juga kegunaanya. Ramai yang masih tertanya makna trade in kereta dan bagaimana ia dilakukan. Oleh sebab ada yang tidak sabar menukar kereta baru atau berubah keperluan, maka kereta terpaksa dijual atau pun trade in kepada dealer kereta. Saya akan kongsikan apa itu maksud trade in dan panduan trade in kereta secara ringkas yang dilakukan di pasaran.

Maksud Trade In Kereta

Trade In dalam kata lain juga bermaksud menjual atau membeli iaitu menukar kenderaan asal kepada kenderaan lain dengan persetujuan nilai di antara dua pihak. Ada dua keadaan trade in boleh berlaku. Pertama, kereta anda masih mempunyai baki loan bank. Kedua, kereta anda sudah habis bayaran bank. Sama ada yang pertama atau yang kedua, sekiranya anda trade in kepada sesuatu kereta yang lain, nilai semasa kereta anda akan menjadi keutamaan.

Kereta Anda Masih Ada Loan Bank

Anda ingin membeli kereta baru dengan membuat trade in kereta lama anda tetapi kereta lama anda masih mempunyai baki loan bank. Sebagai contoh baki loan RM90,000. Kereta baru yang mahu di trade in berharga RM70,000. Maka anda terpaksa menambah sebanyak RM20,000 untuk menutup keseluruhan loan bank tersebut.

Sekiranya baki loan tinggal RM20,000 dan anda ingin trade in kepada kereta baru berharga RM70,000 maka dealer kereta terpaksa membuat penilaian harga semasa kereta lama anda. Katakan nilai semasa kereta lama anda berharga RM50,000 maka anda terpaksa menambah sebanyak RM20,000 untuk trade in kereta baru itu tadi.

Kereta Anda Tiada Loan Bank

Anda ingin membeli kereta baru atau kereta lama di kedai jual kereta. Pertama sekali nilai semasa kereta anda akan dinilai. Katakan nilai semasa kereta anda RM50,000 dan harga kereta yang anda ingin trade in ialah RM40,000 maka anda akan layak mendapatkan cash sebanyak RM10,000. Dan begitu juga sebaliknya, anda terpaksa menambah wang sekiranya nilai semasa kereta anda lebih rendah berbanding kereta baru yang hendak di trade in.

Budaya trade in kereta bukan lagi asing bagi mereka yang ingin menukar selera kenderaan. Ini kerana setiap tahun ada sahaja model baru kereta yang lebih cantik, laju, moden, dan futuristik mengena dengan selera pengguna kini.

Tips Penting Sebelum Membuat Trade In Kereta

Tips ini berguna sekiranya kereta yang anda ingin dapatkan itu merupakan kereta terpakai atau recon di kedai-kedai jual kereta terpakai.

  1. Pastikan kereta masih mempunyai dokumen lengkap. Kad kereta dan roadtax.
  2. Kereta berkeadaan baik. Enjin tidak leaking. Aircond sejuk. Suspension dan handling masih fit.
  3. Tidak pernah alami kemalangan. Ini penting sebab kereta yang pernah kemalangan biasanya masih mempunyai kerosakan-kerosakan lain yang terlepas pandang. Bahagian bonet dan bumper longgar, pintu tidak rapat, dan biasanya bahagian badan kereta tidak dibaiki dengan betul. Cat yang pudar dan masih terdapat kesan kemalangan.
  4. Pastikan kereta yang diingin itu mempunyai rekod servis yang baik. Itu menunjukkan pemilik lama kereta tersebut menjaga kereta itu dengan baik. Ia juga membuktikan enjin oil, gearbox oil, brek oil, stering oil dll dijaga dengan baik.
  5. Alerrtttt!!! Sebaiknya elakkan mengambil kereta terpakai yang pernah ditenggelami banjir.
  6. Ketahui asal usul kereta atau dapatkan maklumat tentang penggunaan kereta sebelum ini sama ada digunakan untuk mengangkut barang dan sebagainya. Asal usul kereta juga penting untuk mengetahui keadaan muka bumi, jalan raya di daerah tersebut.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat memberi sedikit panduan anda untuk membuat trade in kereta di masa akan datang.