Cara Semak Duit i-Sinar Dalam Akaun Bank Pencarum

login ahli kwsp

Menjelang 4  Januari 2020, semakan status i-Sinar KWSP bagi kategori 1 telah dibuka. Maka ramailah pencarum yang mencurahkan perasaan mereka apabila permohonan yang dibuat telah lulus. Ada yang membuat semakan secara online dan ada juga melalui di kaunter KWSP terdekat. Paparan LULUS di skrin komputer membuat senyum lebar kepada pemohon. Namun, ramai pula pemohon yang tidak tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya terutamanya untuk memastikan bila dan bagaimana wang mereka dikreditkan terus ke dalam akaun yang didaftarkan. Berikut kami kongsikan cara semak duit i-Sinar di pautan KWSP secara ringkas dan jelas.

Langkah 1

Masuk ke pautan https://www.kwsp.gov.my/ms/ kemudian login ke pautan ahli KWSP seperti gambar di bawah

login ahli kwsp

Masukkan ID dan Password kemudian tekan login.

Langkah 2

Setelah berjaya login, papar skrin seperti di bawah akan keluar

cara semak duit i-sinar

Langkah 3

Tekan bahagian WITHDRAWAL kemudian tekan bahagian Withdrawal History seperti gambar di bawah

semak duit i-sinar 2021

Langkah 4

Sekarang paparan Withdrawal History akan keluar di skrin. Kemudian tekan perkataan i-Sinar seperti gambar di bawah untuk mendapatkan paparan lebih lanjut.

withdrawal i-sinar

Anda tidak perlu memilih withdrawal type kerana search result di bahagian ini sudah dipaparkan.

Langkah 5

Paparan akhir akan keluar di bahagian ini. Butiran nama penuh dan jumlah wang dikreditkan dipaparkan sekali. Apa yang lebih menarik dan jelas, tarikh pembayaran juga diberikan dan kaedah pembayaran juga diberitahu. Oleh itu, pemohon yang lulus tidak perlu lagi risau dan tertanya-tanya. Hanya tunggu sahaja duit dikreditkan ke dalam akaun bank.

duit i-sinar

Pastikan anda merupakan ahli KWSP yang mempunyai i-Akaun di internet. Bagi mendapatkan i-Akaun KWSP, anda hendaklah membuat pendaftaran melalui di KIOS atau kaunter KWSP berdekatan. Berikut kami kongsikan cara daftar i-Akaun KWSP. Terima kasih kerana sudi mengetahui perkongsian cara semak duit i-Sinar daripada kami. Semoga anda dapat berbelanja dengan jimat dan bermanfaat.