Cara Semak Duit BR1M Dalam Akaun Melalui Online

cara semak duit br1m dalam akaun

TAHNIAH kepada pemohon yang telah berjaya dan layak untuk mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia bagi tahun 2018. Menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, BR1M diteruskan dengan kadar bantuan yang sama seperti tahun 2017. Pemohon yang telah mendaftar dan kemaskini BR1M boleh membuat semakan status mulai 18 Febuari 2018.

Berikut Merupakan Beberapa Panduan Cara Semak Duit BR1M Dalam Akaun

  1. Pemohon membuat semakan terus ke mesin ATM.
  2. Pemohon hadir ke Pejabat LHDN terdekat dan membuat pertanyaan status kemasukan duit.
  3. Pemohon semak secara online banking.
  4. Pemohon semak melalui laman sesawang https://ebr1m.hasil.gov.my/DefaultSemakanKeluar.aspx?m=k

Langkah-langkah Mengenai Cara Semak Kemasukan Duit BR1M:

Di sini beberapa langkah yang pemohon harus lakukan untuk membuat semakan kemasukan duit BR1M 2018.

  • Menerusi ¬†semakan status 2018. Anda akan melihat paparan pada skrin seperti dalam gambar di bawah.

semak kemasukan duit br1m

  • Masukkan nombor kad pengenalan anda. Pastikan anda telah membuat permohonan dan kemaskini maklumat sebelum ini yang telah ditutup pada 31 Disember 2017. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan, klik SEMAKAN STATUS PERMOHONAN. Kemudian anda akan menerima dua (2) soalan berdasarkan maklumat yang diisikan dalam borang online seperti nombor poskod, email, dan daerah.
  • Selepas itu, anda akan memasuki paparan skrin seperti di bawah. Paparan di bawah adalah bagi mereka yang LULUS. Cetak maklumat sebagai bukti permohonan anda telah diluluskan:semak kemasukan duit br1m
  • Selain itu, terdapat hanya dua kemungkinan yang akan diterima oleh pemohon iaitu dalam proses atau ditolak. Sekiranya anda mendapat status dalam proses, ertinya anda mungkin layak tetapi permohonan anda belum sampai ke pihak yang membuat semakan. Namun sekiranya anda mendapat status ditolak/gagal, maka anda harus ke LHDN yang terdekat dengan segera untuk membuat rujukan agar mengetahui sebab permohonan anda ditolak.
  • Kebiasaanya pemohon lulus pada tahun lepas turut akan lulus pada tahun berikutnya. Melainkan pemohon telah berubah pendapatanya kepada pendapatan yang tidak melayakkanya untuk memohon BR1M atau pemohon menghadapai perubahan dokumentasi seperti bujang kepada sudah berkahwin dan sebagainya.
  • Cara untuk membuat rayuan akan diterangkan di laman ini sekiranya pihak LHDN atau BR1M telah membuat kemaskini proses rayuan terbaru. Pastikan anda telah semak kemasukan duit BR1M 2018 agar dapat melakukan tindakan segera.

Pautan Pantas BR1M


Sekiranya ada pemohon yang masih belum mendapat BR1M seperti tarikh yang ditetapkan di atas, pemohon boleh terus menghubungi talian rasmi e-BR1M di bawah:

Hotline BR1M MOF: 03-8882 4565 atau 03-8882 4566

Hotline BR1M LHDN: 1-800-88-2716

E-Mail: brim@treasury.gov.my

Faksimili BR1M MOF: 03-8882 3933

Sekreteriat BR1M: Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

1 Comment

Comments are closed.