
Sekiranya tempoh kad Maybank anda telah tamat, kad tersebut tidak lagi boleh digunakan di mana-mana mesin ATM baik mesin Maybank itu sendiri ataupun mesin ATM bank lain. Anda tidak dapat membuat semakan atau mengeluarkan wang kertas melalui ATM lagi. Oleh itu anda hendaklah memperbaharui kad tersebut serta merta. Ini beberapa cara renew kad Maybank anda selepas tamat tempoh. Mudah sahaja dan tidak perlu pening-pening kepala.
BACA: Cara Mendaftar Lesen Perniagaan
Terdapat Dua Cara Renew Kad Maybank Iaitu;
Renew Secara Online
- Log masuk maybank2u
- Klik bahagian setting
- Pilih bahagian Manage Debit Cards kemudian,
- Klik bahagian Debit Cards-Replace, Activate&Block
- Klik yang bertitik dan kemudian pilih Replace Cards
- Ikuti arahan seterusnya sehinggalah bahagian mengisi alamat lengkap
- Tekan ‘REPLACE CARDS’ selepas selesai mengisi alamat
- Kemudian anda perlu mendapatkan SMS TAC untuk pengesahan
- Selesai. Kad akan diterima melalui POS dalam masa 3 hingga 9 hari bekerja.
- Selepas mendapat Kad baru, aktifkan di bahagian yang sama dalam Setting Maybank2u tadi atau melalui ATM.
Renew Melalui Kaunter
- Mudah sahaja, bawa kad Maybank lama dan Kad Pengenalan anda.
- Dapatkan nombor giliran untuk urusan kad di kaunter pertanyaan.
- Apabila tiba giliran, serahkan kad Maybank lama dan Kad Pengenalan anda.
- Biasanya pegawa akan terus proses dan hanya perlukan pengesahan cap cari anda.
- Selesai dan terus dapat kad baru tanpa menunggu di Pos.
Renew kad Maybank hanya boleh dilakukan sekiranya kad anda benar-benar telah tamat tempoh. Rujuk tarikh tempoh sah kad anda di bahagian hadapan kad. Tertera bulan/tahun (contoh: 09/22) yang dipaparkan. Renew kad Maybank tidak dapat dilakukan dengan kaedah di atas sekiranya bukan disebabkan tamat tempoh. Kad yang hilang tidak boleh diperbaharui atau buat baru melainkan anda membuat laporan polis terlebih dahulu.
BERKAITAN: Cara Buat Passport Di Malaysia
Kad Maybank juga tidak boleh diperbaharui atau dibuat baru melalui online sekiranya belum tamat tempoh. Pihak Maybank dapat mengesan status kad anda apabila anda menghantar permohonan tersebut. Maybank akan membatalkan permohonan secara online sekiranya tempoh kad anda belum tamat. Oleh itu, kad yang hilang tetapi belum tamat tempoh mestilah dibuat dengan disertakan laporan polis.