Cara Pengiraan Pelaburan ASB dan ASB Loan Mudah Difahami

cara pengiraan pelaburan asb

Umum diketahui bahawa ASB merupakan salah satu instrumen pelaburan untuk bumiputera yang paling meyakinkan. Ia bukan sekadar peratusan deviden tahunanya yang agak tinggi, tetapi kekukuhanya berbanding pelaburan lain yang menguntungkan untuk jangka masa panjang. Sekiranya anda salah seorang pemegang akaun ASB, pasti anda telah mula melabur. Namun penting diketahui bahawa terdapat dua jenis pelaburan ASB iaitu simpanan dan pinjaman pelaburan. Untuk memahami cara pengiraan pelaburan ASB bagi kedua-dua jenis ini, perhatikan penjelasan di bawah.

ASB Simpanan

  • Anda membuka akaun ASB, kemudian membuat simpanan. Deviden dikira berdasarkan jumlah simpanan yang ada dalam akan anda pada tahun tersebut. ASB simpanan juga tidak terikat dengan installment bulanan. Anda bebas memasukkan duit ke akaun ASB anda pada bila-bila masa sahaja dengan jumlah yang anda ingini.

Cara Pengiraan Pelaburan ASB Simpanan

Seperti yang diterangkan tadi, deviden akan dikira berdasarkan jumlah wang yang ada dalam akaun anda pada tahun berkenaan.

Katakan anda menyimpan sebanyak RM1,200 sebulan selama setahun: 1200 X 12 = RM14,400. Deviden telah diumumkan sebanyak 8% pada tahun tersebut. 14400 X 0.08 = RM1,152 untung bersih.

ASB Pinjaman

  • Anda membuka akaun ASB, kemudian membuat pinjaman untuk pelaburan ASB pada tempoh tertentu. ASB simpanan diwajibkan membuat installment bulanan mengikut ketetapan oleh agensi kewangan tempat anda buka akaun.

Cara Pengiraan Pelaburan ASB Pinjaman

Katakan anda membuat ASB Pinjaman sebanyak RM200,000. Anda harus membuat installment sebanyak RM1,200 sebulan. Maka dalam setahun jumlahnya RM14,400. Katakan deviden pada tahun tersebut ialah 8%. 200000 X 0.08 = RM16,000. Jumlah deviden ditolak dengan installment 12 bulan. 16000 – 14400 = RM1600 untung bersih.

Ini hanyalah ringkasa cara pengiraan pelaburan ASB berdasarkan perbandingan dua pilihan pelaburan ASB iaitu ASB Simpanan dan ASB Pinjaman.

Penjelasan lebih terperinci boleh diperolehi di agensi atau konsultan berpengalaman. Berdasarkan penerangan di atas, terpulang kepada anda untuk membuat pilihan jenis pelaburan.

BERKAITAN: Pengiraan ASB Deviden dan ASB Bonus