Cara Mohon Zakat Pendidikan Negeri Sabah 2023

Cara Mohon Zakat Pendidikan Sabah

Kemasukan ke Institut Pendidikan Tinggi seluruh negara sama ada awam atau swasta telah pun berlangsung. Pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi dan yang setaraf denganya yang berjaya mendapat tawaran kini sedang menjalani minggu orientasi di universiti masing-masing dan akan dipelawa untuk mengisi biasiswa dan juga pinjaman PTPTN. Bagi pelajar dari Sabah pula, mereka berpeluang untuk memohon PTPTN, BKNS dan juga zakat Sabah. Bagi pelajar yang ingin memohon zakat sabah, ini cara mohon zakat pendidikan negeri Sabah.

BERKAITAN: Cara Mohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kini membuka permohonan bagi membantu pembiayaan pelajar dalam pembelian tiket penerbangan sehala serta yuran pendaftaran awal. Peringkat pengajian yang layak untuk menerima bantuan adalah :

SIJIL ASASI
DIPLOMA IJAZAH SARJANA MUDA

Syarat Umum Memohon Bantuan Zakat Pendidikan Negeri Sabah

  1. Pelajar merupakan penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Pelajar merupakan warganegara Malaysia atau bermastautin tetap.
  3. Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Langkah dan Cara Mohon Zakat Pendidikan Sabah

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Klik bahagian Log Masuk.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Buat pendaftaran sehingga tamat.
  8. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email pendidikan.zakatsabah@gmail.com.