Cara Menggunakan WhatsApp Business (update terkini)

cara menggunakan whatsapp business

Bergembiralah orang yang berbisnes dengan adanya aplikasi whatapp baru ni iaitu “Whatsapp Business”. Aplikasi ini adalah aplikasi yang terbaru daripada whatsapp yang mana terdapat banyak kegunaan penting. Khas kepada peniaga-peniaga online. Oleh itu peniaga baru perlu tahu cara menggunakan whatsapp business dengan betul.

Bagi saya rugi bagi sesiapa yang berbisnes terutama kepada peniaga online namun tidak menggukan aplikasi ini sebagai aplikasi utama selain whatapp yang sedia ada.

Cara Menggunakan WhatsApp Business

Apa yang menarik tentang aplikasi baru ini? Jadi di sini saya akan huraikan perkara menarik tentang aplikasi baru ini.

  1. Paling penting bagi peniaga adalah penggunaan aplikasi ini langsung tidak memerlukan kos dan boleh didapatkan terus melalui aplikasi playstore.
  2. Lebih mudah dan laju daripada whatsapp biasa kerana aplikasi ini dilengkapi dengan system auto reply bagi permulaan chat.
  3. Kini telefon anda sudah boleh menggunakan 2 nombor telefon dengan memisahkan nombor personal dan nombor bisnes.
  4. Disediakan kepada pengguna android.

Apa sebenarnya kelebihan whatsapp busness ini?

Selain daripada menarik, di sini saya akan kongsikan beberapa kelebihan utama yang disediakan di dalam aplikasi baru ini.

Cara Menggunakan WhatsApp Business

  1. Business profile

Pengguna berpeluang untuk mengedit business profile, business profile ni la yang penting kepada peniaga kerana melalui business profile ini pelanggan dapat melihat terus alamat kedai anda, details perniagaan anda, waktu operasi, email dan juga website.

  1. Quick replies

Features ini sama seperti apa yang ada pada smart keyboard. Pengguna keyboard ini pasti biasa terutama sesiapa yang menjalankan bisnes simkad tone excel kerana perlu menyimpan skrip pemasaran.

Cth, apabila ada prospek yang bertanya tentang cara untuk join agent simkad tone excel, anda boleh terus memilih singkatan quick replies untuk membalas chat prospek tersebut denga pantas.

Paling penting untuk menggunakan quick replies ini anda hanya perlu memasukkan keyword contoh “Join”, klik keyword dan akan keluar perkataan “tahniah kerana anda telah membuat pilihan yang bijak!” dan klik hantar kepada rakan bisnes baru anda.

Tips – set kan terus kata-kata atau skrip-skrip yang “wow”  khas untuk prospek anda.

  1. Automated message

Kemudahan kepada pengguna whatsapp business yang tidak dapat membalas message prospek mereka boleh mengubah tetapan di dalam aplikasi ini untuk membalas message prospek dalam masa sekurang-kurangya 1 saat.

Cth, apabila anda telah menetapkan ayat “salam, apa khanar harini?” jadi apabila prospek menghantar message kepada anda “salam, nak tanya pasal simkad tone excel” message yang awak tetapkan itu tadi akan dihantar terus kepada prospek anda.

Tips – pastikan message yang ditetapkan itu berupa message yang santai dan tidak terlalu panjang. Kerana mereka akan berasa mustahil dalam sesaat boleh menghantar message yang panjang sekiranya hanya menaip, mereka akan merasa yang mereka dilayan oleh robot atau sebagainya.

  1. Messaging statistics

Sebagai pemilik business adalah penting untuk anda memiliki data prospek atau pelanggan anda, whatasapp business ini akan menunjukkan anda berapa banyak message yang anda terima, balas dan berapa ramai yang membaca message anda.

Jadi sekiranya anda ingin membuat rekod harian tetang statistic pelanggan anda, anda boleh dapatkan terus di aplikasi ini. Dengan syarat anda tidak campur adukkan nombor rakan-rakan anda.

Ini antara yang paling penting, anda mampu forward kan message anda kepada ramai prospek. Dari sini anda akan melihat berapa orang yang terima, baca dan berapa orang yang block anda daripada whatsapp.

  1. Whatsapp web

Seperti whatsapp biasa aplikasi ini boleh dibuka melalui laptop dengan menggunakan whatsapp web. Dengan ini peniaga tidak sukar untuk membuka whatsapp personal dan whatsapp business dalam satu telefon.

  1. Label your customer

Anda boleh menggunakan label ini untuk menyusun prospek anda atau mencari message mereka dengan cepat.

Spesifikasi dan Harga Iphone X

Ini antara kehebatan whatsapp business yang terbaru, jadi sesiapa yang berniaga tapi masih tidak mahir untuk mendapatkan aplikasi ini anda boleh belajar di “cara mendapatkan whatsapp business di playstore”

Rujukan: https://www.telenews.pk/whatsapp-business-has-been-launched-and-we-can-now-draw-the-line-between-personal-and-professional/