Cara Mengatasi Masalah Youtube Video Yang Tidak Dapat Play

cara mengatasi masalah youtube video

Youtube merupakan laman yang paling popular digunakan oleh pengguna internet. Apabila kita ingin mencari sesuatu video, youtube lah yang pertama dijadikan sumber carian. Walaubagaimanapun, tidak semua video dalam youtube dapat dimainkan dalam sesebuah negara. Ini kerana kerajaan telah menapis atau pemuat naik video itu tidak membenarkan tontonan ke dalam negara anda. Pasti anda pernah menerima masalah “this video is not available in your country”. Jangan risau, solusinya mudah sahaja. Ini cara mengatasi masalah youtube video tersebut.

  1. Pergi ke ‘Customize and Control Google Chrome’ yang tersimpat di atas sisi browser PC anda.
  2. Pergi ke ‘More Tools’ kemudian klik ‘extension’.
  3. Scroll di bawah sekali dan klik ‘Get More Extension’.
  4. Kemudian muat turun Hola Extension. Sekiranya tiada dalam paparan, buat carian (search) dengan menaip Hola Extension.
  5. Selesai memuat turun, tandakan ‘enable’ agar terpapar di browser anda seperti gambar di bawah. Selepas extension tersebut dipaparkan di browser anda, pilih negara anda. Pastikan anda melakukanya semasa membuka pautan youtube yang tidak dapat dimainkan.

cara mengatasi masalah youtube video

PERHATIAN. Hola extension menyebabkan tiada tapisan pada pautan yang dikunjungi. Pastikan anda pengguna 18 tahun ke atas.

cara mengatasi masalah youtube video

Mudah bukan? Selamat mencuba.

BERKAITAN: Cara Mengatasi Masalah Error Pada Website