Cara Menebus e-Wallet RM150 PEMERKASA Belia 2021

cara menebus e-wallet

Rakyat Malaysia beruntung kerana kerajaan amat prihatin dan memahami perkembangan semasa. Ramai pengguna di luar sana yang sudah menggunakan aplikasi secara online. Khususnya peniaga online yang semakin berkembang. Oleh sebab itu kerajaan telah melancarkan e-wallet sebagai inisiatif bagi meransang ekonomi digital di samping membantu rakyat yang memerlukan. Ikuti butiran langsung cara tebus e-Wallet yang akan dikongsikan di bawah.

Melalui pembentangan Belanjawan 2021 pada akhir tahun lalu, kerajaan telah umumkan bantuan kredit eWallet sebanyak RM100 menerusi Program eBelia ini, kemudian telah dinaikkan menjadi RM150 pada tahun ini.

Melalui program ini, mereka yang layak akan dapat bantuan RM150 secara one-off dan boleh ditebus melalui beberapa aplikasi yang telah dipilih.

Syarat Kelayakan e-Wallet Pemerkasa

1. Golongan belia berumur 18-20 tahun

2. Pelajar IPT Diploma sepenuh masa

Tarikh Tempoh Menebus e-Wallet

Tarikh & tempoh tuntutan kredit e-Wallet ini adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh digunakan sehingga 31 Julai 2021.

Bagi memastikan anda boleh menebus RM150, anda hendaklah memuat turun 3 aplikasi dalam telefon bimbit anda seperti di bawah.

  1. Aplikasi Boost
  2. Aplikasi Touch ‘N Go
  3. Aplikasi Grab

cara

cara tebus rm30 e-wallet

e wallet

rm30 percuma

Meskipun terdapat banyak lagi aplikasi e-wallet, namun setakat ini hanya aplikasi Boost, Touch ‘N Go dan Grab sahaja yang menjalin kerjasama dengan program e-wallet yang dilancarkan kerajaan Malaysia.

Cara Tebus e-Wallet RM150 Secara Percuma Melalui Aplikasi

  1. Muat turun (download) aplikasi
  2. Sahkan akaun (verify) aplikasi anda
  3. Kemudian tekan dan tebus RM30
  4. Siap! anda boleh berbelanja secara online

BERKAITAN: Cara Daftar E-Kasih i-SURI KWSP