Cara Mendaftar Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan Ke SSM

cara mendaftar skim 1 pelajar 1 perniagaan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengumumkan geran sebanyak RM10 juta untuk tempoh 10 tahun kepada pelajar-pelajar yang layak. Sebanyak RM1 juta yang akan diberikan kepada pelajar yang telah layak untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka. Pelajar yang berminat haruslah mengikuti syarat permohonan skim 1 pelajar 1 perniagaan yang telah ditetapkan oleh SSM. Sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pelajar bolehlah mengikuti langkah ini iaitu cara mendaftar skim 1 pelajar 1 perniagaan di pejabat SSM.

Pelajar yang layak hanya perlu membawa;

  1. Kad pengenalan. Hanya warganegara Malaysia sahaja yang diterima.
  2. Dua (2) salinan kad pelajar yang masih dalam tempoh sahlaku. Pemohon hendaklah masih belajar di institut dalam negara dan bukan yang sudah menamatkan pengajian.
  3. Salinan asal surat perakuan pelajar IPTA/IPTS/Politeknik/Pusat Kemahiran dalam negara.

Ralat!

Permohonan bagi skim ini hanya boleh dikemukakan melalui kaunter perkhidmatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja. Dokumen yang disenaraikan di atas adalah wajib untuk dibawa. Kegagalan pemohon mematuhi syarat dan kelengkapan dokumen akan menyebabkan proses permohonan ditolak.

Tarikh permohonan adalah berkuatkuasa sejak 1 Januari 2017 sehinggalah 31 Disember 2026. Permohonan pertama adalah percuma dan setiap kemaskini lesen perniagaan bagi tahun-tahun berikutnya perlu dibayar seperti biasa. Pemohon boleh mendaftar syarikat perniagaan sama ada pemilikan tunggal atau kumpulan. Sekiranya memilih untuk berkumpulan, pastikan setiap ahli adalah di kalangan pelajar sahaja.