Cara Mendaftar Lesen Perniagaan Enterprise Trading Sdn Bhd

cara mendaftar lesen perniagaan

Bagi memulakan perniagaan, pertama sekali anda haruslah menentukan jenis perniagaan yang anda ingin bangunkan. Kedua, bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Saya akan kongsikan cara mendaftar lesen perniagaan yang mudah.

cara mendaftar lesen perniagaan
Enterprise adalah pemilikan tunggal. Pemilik akan menanggung kesemua liabiliti perniagaan

Katakan bidang perniagaan yang anda ingin ceburi ialah membekalkan hasil pertanian seperti sayuran, buah-buahan dan sebagainya. Anda baru memulakan bisnes tersebut dan masih memiliki modal yang rendah. Untuk permulaan, saya sarankan daftar lesen jenis enterprise/trading. Langkahnya mudah sahaja;

1) Sediakan salinan kad pengenalan anda dan rakan kongsi (sekiranya ada). Hanya warganegara Malaysia yang dibenarkan untuk mendaftar lesen perniagaan.

2) Pergi ke Majlis Daerah terdekat atau pejabat SSM terdekat dan dapatkan borang pendaftaran. Harga borang hanya RM1 sahaja. Sebelum melengkapkan borang, sebaiknya anda minta kerani yang bertugas agar tandakan ruangan yang perlu diisi sahaja. Contohnya:

  • Nama perniagaan
  • Alamat perniagaan dan surat menyurat
  • Bidang perniagaan
  • Nama penuh pemohon
  • Tarikh
  • Tanda tangan

3) Borang yang siap diisi, kepilkan dengan salinan Kad Pengenalan anda dan beserta yuran pendaftaran. Untuk perdaftaran pertama, RM60.00 sahaja. Manakalah caj bayaran bidang perniagaan pula ialah RM25 setiap satu bidang. Sekiranya anda ingin menambah bidang sebagai contoh; membekal hasil pertanian dan alat tulis maka anda akan dicaj RM50. Namun bergantung kepada caj pendaftaran semasa yang ditetapkan.

*Perubahan terkini, sekiranya bidang yang anda ingin tambah itu sangat berbeza, seperti membekal hasil pertanian dan alatan tulis, anda akan dikehendaki membuat permohonan lesen yang berasingan. Ini pengalaman saya di Pejabat Daerah Kota Marudu, Sabah pada 14 Ogos 2017. Walau bagaimanapun, sebaiknya anda meminta nasihat (advice) daripada staf yang bertugas.

4) Permohonan anda akan siap selepas sebulan jika mendaftar di Pejabat Daerah namun lebih cepat sekiranya di pejabat SSM.

Beginilah lesen enterprise/trading anda yang sudah siap. Nama perniagaan, bidang perniagaan, dan pemilik perniagaan tertera dalam lesen. Yang penting sekali ialah nombor geran.

cara mendaftar lesen perniagaan

Sekiranya anda ingin mengajukan pertanyaan tentang hal-hal lesen perniagaan, bolehlah tinggalkan komen anda di bawah

BERKAITAN: Tips Elak Membayar GST Untuk Para Peniaga

6 Comments

  1. Apa perbezaan form d dgn lesen petniagaan?

  2. Tq reply admin.lesen Niaga tu la yang dibawa Pergi bank untuk buka current account?

  3. Kalau orang lain yang tolong daftRkan boleh ka?atau mesti pemilik sendiri yg pergi daftar?ada nampak d web Dia cas 250 untuk tolong buat lesen sija bka siap 2-3 hari

    • kalau sdn bhd biasanya mmg ada consultant yg buat perkhidmatan. kena byr caj. tp kalau trading/enterprise, mesti diri sendiri yg daftarkan.

  4. Orang yang berhutang ptptn boleh buat trading lesen?

Comments are closed.